Posts

Showing posts from January, 2018

Mr Buat Semua.

Image
Ni Abby... err cemana eja nama dia tak tau. Dulu I ingat dia ni gardener di sini. Dia la yang pasang sprinkler basah kan sofa I kat front yard tu. Tapi now kami dah geng. Ni gambar curi I ambil pagi tadi masa nak keluar pergi hantar George to school. Tak berani pulak nak ambil gambar masa dia pandanf ke kita. Kang dia cakap I minat dia pulak... Si Abby ni rupanya Mr Buat Semua dalam kawasan rumah kami ni. Di sini rumah kami ni di panggil town house tapi rupanya sama seperti rumah terrace di Malaysia. Saiz nya pula lebih kurang superlink di Malaysia. Jadi walaupun terrace ianya agak besar dan luas, lengkap dgn front yard dan laundry area, 2 car garages dan stor. Dalam kompaun ni ada 20 rumah begini. Jadi tugas Mr Buat Semua ni ialah kutip sampah dari semua rumah setiap pagi, siram pokok di semua rumah pada hari yang gardener tak datang... jobscope lain I tak tau sebab I tak pernah tanya. Tp I tau gardener utk potong rumput di semua rumah orang lain in charge, eletric maintenanc

Gloomy day

Hari ni gloomy saje di Pretoria. 19 degrees pada pukul 11.30pagi di musim panas ni. Mendung dan sejuk. Hari ni juga hari pengkebumian Aruah Dr.Sahana di Malaysia. Aruah meninggal di Madagascar pada 13 Disember 2017 sewaktu mengembara bersendirian. I tak kenal aruah, tetapi sebaik sahaj keluarga dimaklumkan tentang tragedi menimpa beliau di Madagascar, dua orang kawan I contact I dan tanya tentang perkembangan kes ini. Salah seorang bagi pihak keluarga minta tolong I inform D untuk mohon bantuan bawa jenazah pulang ke Malaysia. Oleh kerana kerajaan Malaysia tidak mempunyai kedutaan di Madagascar, maka High Commission of Malaysia di South Africa overseeing issues and matters related to Malaysian yang berada di Madagascar. Seperti tragedi menimpa aruah Dr.Sahana, jadi dari awal I tahu rentetan kejadian but I am not in a position to speak or update anyone about it. Opss I sebenarnya mmg update kawan baik aruah dengan janji she will never tell anyone. Kawan I tadi siap wassap me and cak

SOCMED... deactivate and reactivate. Reasons behind it.

I ni memang quite active in FB. Because itu satu cara I keep rapat dengan friends and families.  Mula2 I sampai di SA, I deactivated all of my social media accounts. Ada few reasons, salah satunya kami yang telah hadir semasa Pre Posting Course diminta untuk tidak memaparkan gaya hidup atau lifestyle sebagai keluarga diplomat. Ada banyak sebab mengapa diminta sedemikian. Pertamanya isu security, dan juga atas isu tidak mahu anggapan orang luar terhadap gaya hidup diplo ni di salah anggap. Kita di sini mengikut pasangan yang bekerja, iye tak dinafikan mereka yang bertugas di luar negara dapat elaun yang sewajarnya. Ramai yang anggap hidup mewah senang lenang. Sebenarnya tak macam tu pun. Kalau I nak hidup senang lenang baik I stay di Malaysia dan bekerja dari ikut suami dan mengharapkan elaun dari suami. Lumrah manusia suka paparkan gambaran kehidupan yang indah. Contoh kalau kita buat jamuan makan, kita ambil gambar masa majlis berlangsung, tuan rumah dah pakai baju cantik dan le

Rezeki

Sejak jadi SAHM perkara yang paling I tak suka ialah minta duit dengan husband. Ada terasa satu perasaan yang malu bila nak minta duit. Memang setiap bulan D akan masukkan certain amount of duit pada I untuk I settlekan my financial commitment. Masuk dalam bank Malaysia. Kebanyakan my transaction kat sini semua guna CC. Tapi kadang kadang bila nak keluar dengan kawan I prefer to have cash. So masing2 bayar masing2 punya. Pagi tadi I pergi minum dengan chinese Malaysian friend. Pergi minum fresh juice dan makan kek share berdua. So sebelum D nak pergi kerja I cakap la nak minta some cash. Malu memang malu tapi I fikir kalau dengan Allah SWT kita tak malu meminta, takkan nak malu dengan suami sendiri. I tak tau la I aje ke yang ada rasa malu nak minta duit dengan suami, ke semua orang pun macam I? I memang tau rezeki dtg dalam pelbagai bentuk tapi selalu bila takde duit rasa tak cukup rezeki. Sehingga dah jadi SAHM ni baru minda I terbuka sedikit demi sedikit.  Dapat duduk rumah dan

Jelly perisa sunlight!!!

Image
Mlm ni kami buat tahlil dan solat berjemaah di rumah. I suka bila D sekali sekala panggil kawan rapat dan anak tahfiz baca yassin di rumah. Walaupun penat sedikit tapi I rasa seronok. Cumanya kali ni sangat short notice. 2 hari sebelum majlis baru D beritahu I. Tak ramai pun jemputannya. 2 keluarga from the Mission dan 5 orang anak-anak tahfiz. Kebiasaannya mereka akan sampai di rumah setengah jam sebelum Maghrib dan solat berjemaah. Diteruskan dengan bacaan Yassin lepast tu solat Isyak berjemaah.  I cuma masak nasi putih dan few jenis lauk pauk serta simple kuih muih as D requested. Disebabkan I ni jenis slow kat dapur so I masak secara berperingkat. Semalam lepas dah buat persediaan utk lauk, I siap siap buat apam beras. Yang ni senang sebab I can put in the fridge lepas tu besok kukus semula. Badan dah penat tapi I rasa I boleh buat jelly lagi ni. So dah ada dua dessert la untuk besok. Then mula la I study segala buku resipi dan cik google semua... keyword nya 'jelly

Me time... me time...

Pagi tadi ada my bff dari Msia wassap tanya how do I feel now lepas George masuk sekolah? I told her, D thought I will sad but actually am not. Am very happy. Bukan la I happy sebab I malas atau tak nak jaga George. I happy sebab I can plan and focus on myself at least few hours a day. My friend said she understand it well walaupun  tak ramai orang faham. Certain people cakap kesiannya anak kecik nak kena pergi sekolah. Mak dia malas ke? Bukan mak dia ada kerja pun di rumah. Well orang boleh cakap macam2, which i tak kisah pun.  Dulu masa kerja ada juga la me time dari pagi sampai petang. Pergi office, lunch dengan kawan, window shopping, ambil cuti pergi spa dengan kawan2. Tapi sejak jadi SAHM memang tak ada me time ni. I mengaku I perah memberontak, I pernah cakap dgn D, let me have just 1 hour to be in the bathtub and relax without hearing George crying. Sampai mcm tu sekali masa penat sgt... stress sgt... Siapa kata Stay At Home Mom tak perlu kan masa untuk diri sendiri. I stil

Selekeh sangat ke I pakai tshirt hitam tudung kelabu pink?

I tau I jenis tak boleh tidur siang. Bukan tak boleh, I normally avoid myself tidur siang sebab unles very tired. Sebab I know myself well... kalau I terlebih tidur mood I akan ke laut dalam... terkurang tidur pun iye juga. I jenis kena tidur cukup cukup 7 hingga 8 jam... hihihi diva sangat kan lebih tak boleh kurang tak boleh. Tak tau kenapa hari ni I boleh tertidur pula lepas breakfast tadi. Earlier during breakfast I already told D that I juat want to go to Lynnpark to get our vegetables supply. Kat Lynnpark ni ada jual ubi, keledek Mozambique, serai...  Yang penting I nak beli bawang merah. Bukan takde jual kat tempat lain tapi I malas nak pergi shopping mall merayap cuci mata... kalau ke Lynnpark tu mmg terus je tuju ke kedai tu. Macam kedai runcit ayah Murad kat Kampung Jawa dulu. Bukan macam kena masuk Jusco lalu lalang depan kedai2 baru beli barang. Terbangun lepas 2 jam tidur nyenyak, masa bangun I boleh fikir eh I dah mandi pagi ke belum? Dah breakfast ke belum? Punyala n

A kitchen goddess? Of course not...

Image
Ramai kawan kawan tanya I, berapa orang makan every time you prepare breakfast? Habis ke makanan nya? Bila you masak? Pukul berapa you bangun? Sebenarnya nampak je byk setiap kali I hidang atas meja makan. Tapi sebenarnya I cuma prepare heavy breakfast dan dinner sahaja. D jenis tak berapa gemar makan nasi lauk pauk setiap hari for dinner. And he has sweet tooth too, he likes kuih muih melayu. Breakfast selalu meriah di rumah kami. Tapi hakikatnya I cuma prepare 1 heavy meal and cekodok pisang. Heavy meal tu seperti mee goreng, mihun goreng, omellete platter, nasi lemak. Cekodok pisang tu sebab D and George suka sangat so they want it everyday. I takde jadual makanan... mula mula dulu memang rasa kelam kabut.. now I dah dpt rentaknya... kalau i masak nasi putih utk dinner I akan masak lebih sikit and keep in the fridge. Nasi lebih tu boleh jadi nasi goreng for breakfast. Kalau I masak kari, i akan masak extra and terus keep a portion dalam freezer dan akan keluar semula dalam.mas

Cooking is therapeutic

Siapa suka memasak waktu tak senang hati atau sedih kita sep sikit. Eh tau ke 'sep' tu apa? Sep tu macam masa kecik kecik kita main. Nak main sep sep tom tom ni kena ada partner... duduk bersila bertentangan dan tepuk tangan... ada la cara tepuk tangan, gerak bahu nya... yang paling I ingat... Sep sep tom tom Ola oli diberi nama Saudara saudari Cikebum cikebum Malam malam minggu disko disko Putih putih melati Ali baba Merah merah jelita Miow miow Siapa yang baik hati Cinderella 1, 2,3, 4 cepat tukar tempat... Hahaha dahsyatkan kecik kecik dah nyanyi disko disko... Dulu I takde la suka memasak pun... tapi sejak dok SA ni I realize bila I sad atau tak senang hati or bosan I akan masak rendang. Masak rendang ni therapeutic for me. Bau aroma daun kunyit dan daun limau purut yang harum dan bau rempah rempah, dan masak slow cooking yang lama, buat I tenang. Normally lepas rendang masak selalunya mood I dah ok semula. Tadi I beritahu my duplo friends yang I sedang

A day of a SAHM...

I rasa I dah lebih dari sebulan tak outing dengan kawan-kawan. Alasan sebenar ialah malas. I tak tau la I aje ke yang ada sindrom malas nak keluar rumah. Mula-mula I tak perasan yang I memang suka duduk rumah until one day I tak jumpa my own house key, rupanya kunci rumah I dok dlm kereta sejak bila pun I tak ingat. Then D suruh I keluar bawa George pergi beli daging halal dan beras basmathi. Di sini kami beli daging fresh halal di Laudium, lebih kurang 25 minute dari rumah kami. Selalunya memang I pergi dengan D during weekend tapi agaknya dia pun risau yang I tak keluar rumah jadi dia suruh I pergi dengan George. D memang kadang-kadang lepas balik kerja ajak kami keluar, sebab agaknya fikir apsal la bini and anak dia dok terperap dalam rumah aje. To be honest, I am happy actually being in this house, do whatever I like to do. Kiranya minggu ni I dah keuar rumah 2 kali without him, sebab semalam I keluar half day dengan my friend, pergi makan icecream, makan potato chips, ronda

George oh george... my kitchen partner

Pagi tadi masa breakfast D cakap dengan George, daddy rasa George ni pergi school dari 8.30am till 10.30am... pukul 10.30am teacher call minta mommy ambil dari school sebab nangis tak berhenti. I pun ishhh you ni, malu la I dengan Cik Puan India nanti. Ari tu I yang berkobar kobar cakap kat Cik Puan India yang George ni excited to go to school.  I pun tak sabar ni dia nak pergi sekolah. Boleh i masak senang hati takde orang ceroboh masuk dapur I. Dengan bangga kan. Tapi I know I will definitely missing George yang selalu susun cars dia kat area I nak basuh pinggan. Atau dia baring tergolek atas carpet tempat I nak memasak. Semalam dia main betul betul kat bawah tempat I nak memasak. I bagitau dia suruh dok jauh sikit tp George being George la. Duduk gak kat situ, sekali I tumis sambal lari mencicit masuk dalam sambil jerit hot hot hot... Tapi lepas tu datang balik.  I hope George dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah next week. And hopefully I pun dapat manfaatkan my h

Keep calm and eat buah melaka

Tajuk kat atas tu kawan yang bagi. Sebab I meroyan di siang hari. Tapi takde mood nak buat buah melaka. Jadi I keep calm and eat biskut marie ajelah. Panas merelit kat luar tu. 27° aje tapi sakit kepala dibuatnya. Keluar sekejap tadi pun sebab nak beli daging dan ayam. Kalau tak, I rela dok dalam rumah. Pagi2 lagi D dah bising sebab I tertinggal kunci rumah I dalam kereta. Baru i sedar semalam sehari suntuk I berkurung dalam rumah tu yang tak tau kunci rumah hilang ke mana. Pagi tadi I masak ayam kurma. Sambil masak sambil otak berfikir macam macam. Tak sengaja termasukkan kerisik. Rupanya lebih sedap. Ramai kawan memang letak kerisik dalam kurma. I je yang tak tau. Ok la update ni takde hala tuju pun...just untuk orang orang yg dok intai blog ni mengharap today update. Echewah perasan kan. Cik Puan Bunga Raya nak pergi masak nasi beriani. Nak makan dengan ayam kurma kerisik.

Sambil masak sambil buat ketupat.

Image
Cooking made you calm or you need to be calmed while cooking? Pagi ni I buat kuih seri ayu. Kuih ni nak buatnya senang tapi remeh. Selalunya I akan buat project buat kuih atau masak lepas George tidur pagi. Tapi hari ni I fikir I shall start earlier, before D pergi kerja. Dengan harapan kuih semua sempat di masak sebelum George morning nap. Disebabkan I multitasking sambil membancuh kuih and preparing the mould - sapu minyak, isi kelapa dan tekankan satu persatu... sambil I chat dengan 1 friend. We chat about lots of things and termentionla pasal how I wish I never knew that fellow before and I wish I will never come across them again. My friend pun cakap dia rasa dah lepas beban... then I start dont feel good. Sambil2 juga chat with group of friends in KL... we were laughing, well in wassap... then D went to office... leaving me with George. George start his tantrum as AhBin dah tak ada kat TV. Masa ni my 1st batch of kuih pun dah masak and I bawa keluar dari steamer. Excit

Cooking with love... a diplo wife journey

Image
Di Pretoria buat masa ni cuma ada 4 families Malaysian.  I particularly rapat dengan Kak S. Ni partner gigih I. Kami selalunya encourage each other and share interest cooking and doing art craft. Semalam kakak gigih datang rumah hantar homemade cendol, potato bread dan kuih bakar. Alhamdulillah, I am quite lucky sebenarnya. Sebab setiap kali I takde mood dan idea nak memasak, pasti ada je rezeki datang melimpah ruah. Macam semalam, juadah dinner kami dah macam berbuka puasa. Orang ramai cakap diplo wives ni kerja nya pakai cantik2, makan di tempat mewah, aktivitinya selalu berkaitan seni dan memasak. Ada betul dan ada tidaknya. Pakai cantik cantik tu rasanya semua perempuan suka pakai cantik cantik. Makan tempat mahal2 tu semua orang pun suka. Tapi hakikatnya macam kami di sini, kebiasaan kami berkumpul juadah makanan mesti potluck. Semua bawa seorang 1 jenis makanan. Makan beramai2 sambil buat art. Like 2 months ago, kami buat decoupage sama sama. Kenapa sinonim sangat seni dengan d

Sunyi tak jadi SAHM

Bila duduk dekat negara yg banyak beza masa ni selalu ada masalah time nak berbual dengan kawan di Malaysia.  Bila time I free dia sibuk nak memasak. Tadi boleh si kawan 123 Challenge ni cakap, you cakap la sorang-sorang dulu, I nak masak, nantilah I layan. Kejam betul. Hari ni memang gloomy, se gloomy hati I. Ikan dah bergolek keluar dari fridge tapi tak ada idea dan jiwa nak mula memasak. Tup tup partner gigih I di Pretoria ni bagitau dia dah on the way datang rumah, datang hantar cendol, potato bread dan kuih bakar kemboja. Alhamdulillah rezeki. Rezeki memang tak pernah salah alamat. Her gestures really lifted up my spirit. Partner gigih beri kristal dan dawai untuk buat pokok kristal. Pokok kristal ni memang famous di South Africa, kalau orang datang sini selalunya mesti beli sebagai buah tangan. Tapi partner gigih I sebab dia gigih dia buat sendiri. I bila nak buat? Entah la bila. Yang penting sekarang I kena fikir nak masak apa dengan ikan merah yang dah bergolek dalam b

Anak gajah berkeliaran di Pretoria...

Sejak pindah rumah baru ni I macam tak de mood lagi nak pergi jogging. Tapi semalam Puan Pilot Doha cakap dia everyday akan pergi Gym untuk workout. My 123 Challenge friend pulak sekarang main badminton, siap boleh perah lemak jadi peluh la katanya. I? dok tergolek atas katil sambil berangan nak jadi writer. Tapi I tak nak jadi writer gemuk, nak la jadi writer yang kurus dan lawa. So pagi tadi I dengan nekadnya pergi brisk walking. Punyala lama tak pakai running shoes, cari kasut pun dah berapa minit, rupanya D dah kemas masuk stor. So dengan gigih and confident I pun jog. Lama betul rasanya tak berlari, memula lari tadi bunyi macam anak gajah lari , gedebuk gedebuk. Sambil lari I fikir cemana ek orang lain lari nampak gracefully aje... Takde pun dengar tapak kaki... tapi takpe, usaha tangga kejayaan...jangan give up... lagipun kan I di South Africa, body macam I ni kira petite bukan gedempol pun (ayat sedapkan hati sendiri)... tak lama lepas tu ada minah salleh cikeding lari opposit

Kerjaya sendiri atau kerjaya suami?

Cabaran pertama sebagai diplo wife. Dilema memilih kerjaya sendiri atau berada di sisi suami. Semalam berwassap dengan kawan di Joburg. Dia cakap sebelum you datang ke SA ni I selalu rasa susah hati dan sedih. I rasa berbaloi ke I tinggal kan kerja I untuk support kerja suami di sini. You nak tau, I ingat lagi pertama kali jumpa you dan dalam speech you 'kerja saya tak boleh bawa saya ke syurga tetapi InsyaAllah keluarga saya boleh bawa ke syurga. Buat masa ini, inilah syurga saya menyokong kerjaya suami'. Puan S tambah lagi, you nampak sangat confident dan tenang. I terus rasa sayang pada you. I senyum senyum, walaupun I tahu Puan S tak nampak pun I senyum senyum perasan sendiri. Lepas dari tu macam flashback semua apa yang I hadapi 9 bulan lepas. Rasa macam terngiang ngiang di telinga 'If you want to follow your husband then quit your job, if you want to work then work. And remain in Malaysia' . Itu kata-kata my CEO masa I minta kebenaran untuk bercuti tanpa gaji

I am a chefwannabe

Image
Dia selalu support I untuk menulis dengan cara charge kan laptop sampai penuh bateri. Dengan harapan nanti dia dapat la baca story Cik Puan Bunga Raya. Tapi dia tak tau yang selalu nya I dok mengadap blog orang lain, membaca sambil mencari ilham kononnya. Dia pun support I untuk jadi blogger dengan cara bagi I topic what to write. Semalam dia minta I tulis tentang George yang tersembam jatuh masa kami pergi hiking hari sabtu lepas. I memang rasa nak tulis pengalaman kami pergi hiking tapi ntah kenapa semalam macam takde jiwa nak mengarang. Hari ni pula dia beri I topic lagi, satay kontot. Dia cakap you tulis la pasal satay kontot you buat. Kesian satay I tu. I panggil mini satay, dia boleh panggil satay kontot. Tak plan pun dari asal nak buat satay tapi nengok ada left over nasi dalm fridge. Rindu pulak nak makan nasi goreng dengan satay ayam macam yang selalu hotel kat Malaysia hidang. bila masak dengan rasa happy memang sekejap je dah siap. Buat satay ayam kontot 20 cucuk dalam m

George dan morning nap.

Image
Tak tau kenapa George ni hari ni morning nap nya lama sangat. Dah 3 jam tidur. Selalu kalau dia tidur sekejap mak dia pening sebab tak dapat memasak dengan tenang sambil berangan. Tapi bila dia tidur lama sangat pun risau juga kot la pengsan ke apa. Tapi tadi I dah letak jari kat hidung dia dan geletek sikit kaki dia, sah tak pengsan. Alhamdulillah. Sebagai mak yang banyak fikir I pun google. Ooh betul la mengikut babycenter.com, a toddler normally takes 20 minutes to 3 hours single nap a day. Sekarang ni matahari terbit awal di Pretoria, pukul 5.15am tu dah terang benderang. Pukul 3.50am dah masuk waktu subuh. Si George ni pagi dah bangun pukul 5am. Pastu mengadap TV. Bila bapak dia pergi kerja pukul 8.30 am dia pun start la cranky, pukul 9am dah start tergolek atas katil. Ni mesti sebab penat sangat main petang semalam la ni. Kan kami pergi makan McD. Lepas early dinner tu bagi chance la si George main2 kat park. Memanjat2 dengan bebudak Africaan yang lain. Jadi hari ni di

Sah dia rindu I!!!

Image
Macam handsome je I nampak kepala ikan salmon ni.  Besar dan berat tapi I tak timbang. Kat sini ikan mahal, baru share dgn kawan semalam statistic harga protein seluruh dunia. Ikan paling mahal adalah di South Africa. Harap2 statistic tu betul kalau tak I dah bagi wrong info. Tapi memang pun, seafood memang tak popular di sini sebab mahal. Pretoria ni kedudukannya jauh dari laut. Major factor la kenapa seafood mahal.  Untuk kami yg small household ni ok lagi. So tak la sampai buat catuan ikan macam I buat catuan kicap dan keropok. Selalunya kami akan beli stock seafood sebulan sekali di Johannesburg. Macam macam jenis ikan, jangan tanya nama I memang tak tau. Tp I kenal ikan salmon tp tak beli seekor sebab mahal. I beli kepala je. Seketul kepala ZAR15, anggaran dalam RM5. Murah kan??? I tak berapa pandai masak kari kepala ikan dan juga asam pedas kepala ikan. Eh bukan kepala je kalau masak badan ikan pun tak berapa pandai. Tapi sebab kepala ikan ni murah I beli la juga. Jadi k

Penat ke duduk rumah?

Image
Semalam I tak masak dinner. Mula mula plan nak masak mihun soto. Mihun soto atau nasi himpit soto selalu jadi hidangan di rumah ni bila datang angin malas. Sebabnya bergedil dah buat siap2 frozen bergedil. So tinggal buat sup ayam dan goreng ayam serta bergedil. Ni cara ringkas resipi orang rajin macam I. Resipi orang lain tak tahu la macamana. Pukul 3ptg mcm tu I wassap husband. Satu ayat je 'i am tired'. Terus dia reply. 'Tak payah masak la. Jom makan McD.'. Lama betul kami tak makan McD... ada lebih 3 bulan rasanya sejak I berazam nak makan rral food aje...eh tak... sebenarnya sebab I buat allergic elimination diet kerana allergic terlampau teruk sampai kulit jadi mcm kulit katak. Tapi bila husband cakap ajak makan McD ni memang macam best la hahha. McD di sini halal tapi tak ada ayam goreng macam di Malaysia. I suka Chicken Spicy burger, ok lupa nama sebenarnya apa. So petang semalam dapur tutup for dinner. Yippeee. Dulu I tak faham kalau orang cakap duduk rumah

Mati kutu. Mati keras. Mati katak.

Semalam D and I sambil sambil kitaorg lipat baju berborak... romantic kan lipat baju together gether... eh tak lah ... dia yang lipat baju masa tu... I tgh pakai kan George baju lepas mandi... D ckp... tadi ...Mr.XYZ datang bilik I...Mr.XYZ cakap dah lama sgt la dia posting ke SA ni... kata Mr.XYZ thn ketiga aje di sini dah start MATI KUTU....masuk tahun ke 4 macam naj MATI KERAS... ni dah nak masuk tahun ke 5... memang dah hampir MATI KATAK... Then D and I dok ketawa beriya sambil I bayangkan rupa Mr.XYZ sambil cakap gitu. Tapi dalam hati I eh betul ke ada simpulan bahasa gini... Ok. Lets google apa maksud tersebut: 1. Mati Kutu - sudah tidak dapat berbuat apa apa lagi. 2. Mati Keras - tak jumpa la pulak maksudnya...tp kalau dah mati memang keras la kan. 3. Mati Katak - mati dengan sia sia. Kira ok la tu kan... refresh my memory tentng simpulan bahasa. Thank you Mr.XYZ atas cerita lawak anda hari ini. Btw siapa kata posting ni indah indah belaka. Kalau semuanya indah

Umur 2 tahun dah kena sekolah

Image
Hari ni pagi-pagi lagi ada kawan baik cakap dia baca blog I sambil tersenyum. Katanya kelakar. Ehmm pasti dia baru tau yang I ni kelakar orangnya. Hihihi. Then seorang lagi kawan. SAHM mcm I juga yang sekarang duduk di sebuah negara lain, ikut suami bekerja juga. Then dia ckp anak dia yang baru nak masuk umur 3 tahun dah wajib masuk sekolah kerananya primary education di sana bermula at 5yo. Ooh baru I tau. Ilmu baru tu. Sib baik la selarang dah ada technology wassap semua. So dapat la juga berbual dengan kawan2 sesama surirumah profesional. Macam George ni, kami la yang tergedik gedik nak hantar dia pegi sekolah awal. Sebenarnya takde keperluan sangat pun nak hantar dia sekolah awal tp memandangkan dia takde playmate di rumah and mak dia ni yang kadang2 ada activity ladies get to gather in the morning, mak dia nak ikut pak dia pergi function so baik la si George ni masuk sekolah. Kami ni tak ada full time helper. Yang ada si Jane tu kami panggil bila perlu. Sini bayaran gaji pem

Belum kurus tapi on the way.

Image
Dua hari sebelum masuk tahun baru, kawan baik cakap dia ada 123 days Challenge. I ni memang peminat bab bab nak join challenge nak kurus ni. Sebab rasa seronok je ada geng untuk diet and exercise secara berjemaah walaupun hakikatnya mereka ni di Malaysia, I pulak kat negara yg kalau ada Malaysian datang memang boleh buat jantung berdegup lebih kencang la excited punya pasal. So kawan ni cakap...you kena ambil gambar dari sisi depan dan tepi. Lepas tu timbang berat. Buat mcm I ni.. dia pun hantar la gambar dia... I pun...ok... ada masalah di sini... Masalah pertama I takde penimbang. Tapi takpe ni masalah kecik je. Beli mesin penimbang memang dah masuk dlm list barang wajib dibeli. Masalah kedua which is lebih utama. Ehm patut nya jadi masalah nombor satu tp sebab nak saiko supaya tak lemah semangat jadi masalah nombor satu senaraikan yang senang nak achieve. Masalah nombor dua seorang je I boleh harap nak minta tolong ambilkan gambar. D... sah la nanti dia gelak and siap

I am a blogger

Bismillahirrahmanirrahim. Ini blog ke tiga yang dicreate. the first two blogs I had privatised it.Only for my viewing sahaja.  Yang ni dicreate atas alasan nak hilangkan bosan, nak asah bakat menulis, nak catat aktiviti surirumah yang tiap-tiap hari duduk rumah mengadap aktiviti yang sama. Ok ok I am not complaining. Honestly not easy sebenarnya bila kita dah pernah bekerja dengan sebuah organisasi yang besar. 15 tahun ok...bukan setahun dua. Dah biasa pergi meeting jadi wakil syarikat. dah biasa bangun pagi, dress up, drive pergi kerja, dah biasa lunch hour pergi makan dengan kawan2, dah biasa kelam kabut terkejar kejar reporting deadline... macam macam dah biasala. suddenly 8 bulan lepas datang sini, jadi Stay At Home Mom. tak biasa bangun pagi buat breakfast, tak biasa bangun pagi salam suami dia terus pergi kerja dan kita duduk rumah, tak biasa kena fikir nak masak apa untuk lunch and dinner, tak biasa bila anak mengamuk nak nengok Mr Bean sepanjang masa, tak biasa bila ada fun