Selekeh sangat ke I pakai tshirt hitam tudung kelabu pink?

I tau I jenis tak boleh tidur siang. Bukan tak boleh, I normally avoid myself tidur siang sebab unles very tired. Sebab I know myself well... kalau I terlebih tidur mood I akan ke laut dalam... terkurang tidur pun iye juga. I jenis kena tidur cukup cukup 7 hingga 8 jam... hihihi diva sangat kan lebih tak boleh kurang tak boleh.

Tak tau kenapa hari ni I boleh tertidur pula lepas breakfast tadi. Earlier during breakfast I already told D that I juat want to go to Lynnpark to get our vegetables supply. Kat Lynnpark ni ada jual ubi, keledek Mozambique, serai...  Yang penting I nak beli bawang merah. Bukan takde jual kat tempat lain tapi I malas nak pergi shopping mall merayap cuci mata... kalau ke Lynnpark tu mmg terus je tuju ke kedai tu. Macam kedai runcit ayah Murad kat Kampung Jawa dulu. Bukan macam kena masuk Jusco lalu lalang depan kedai2 baru beli barang.

Terbangun lepas 2 jam tidur nyenyak, masa bangun I boleh fikir eh I dah mandi pagi ke belum? Dah breakfast ke belum? Punyala nyenyak tidur... then I turun bawah and I asked D, are we going out? Dia cakap aah jom la siap2. I was a bit weng... gosok gigi basuh muka, didnt change my baju.. pakai jeans and tudung and lipstick...turun bawah D tanya 'where are you going? Dah la tak tukar baju. Tadi bukan you masak breakfast pakai baju ni ke?'... ishh I jadi hangin la dia boleh tanya nak pergi mana kan baru je 5 minute I tanya dia jadi keluar ke tak.. Tapi I was too sleepy to mengamuk so I told him 'ok la no need to go out'.

Knowing D nak pergi kedai runcit pun kena pakai kemas2... tapi hari ni otak I macam tak compute well so I know why he asked me that question. I berdiri depan cermin and I think I tak la selekeh mana pun kalau setakat nak pergi beli bawang... jeans dark blue, tshirt vietnam lengan pendek warna hitam ada gambar mug warna orange and ada tulisan saigon coffee, shawl RM10 warna kelabu berbunga pink... ok je kot kan... tapi dlm mengantuk tu I terfikir gak apahal la color coordination I fail ari ni. Tapi I kan ego so I justify to myself, ala comel je pun walaupun warna huru hara... takkan nak pakai baju lip lap dengan topi besar pegi beli bawang je kot...

Ego dan mengantuk mengatasi segalanya, buka jeans pakai seluar tidur belang hitam putih dengan tshirt saigon coffee I sambung la tidur semula. Dalam 1 jam lepas tu D naik dengan George... sure la dia tau I sentap sebab lepas dia masuk je bilik I cakap 'ok la nak turun masak'... dalam usaha memujuk bini mood swing dia cakap, 'I kenyang lagi la. Nanti la you masak. Jom kita keluar dulu pergi Lynnpark'. I kan keras kepala, dengan ego masih ada sikit ni I cakap 'I tired ari ni. Besok je lah keluar'.

Lepas tu I masuk reading room update blog ni sambil fikir bawang dah tinggal 2 biji je, I jenis suka letak bawang byk2 kalau memasak lauk... jadi kalau bawang tinggal 2 biji memang boleh buat susah hati... Kepala ikan dah keluar, ikan bawal seekor dah keluar, cemana nak masak ni? Hahahha padan muka tadi action sangat taknak keluar protes kononnya. Sombong sangat kan.

Ehmm... paste asam pedas cousin D bawa ada dalam freezer tapi tu stock darurat so sayang nak guna... ok la bawang blend ada lagi... masak kari kepala ikan je la guna bawang blend dan sebiji bawang merah untuk cincang halus... sebiji bwang merah boleh reserve untul breakfast besok pagi. Sayur nanti goreng dengan bawang putih buat ala2 teppanyaki... ikan bawal goreng garam kunyit. Yes selesai masalah. Yang penting dia tak tau yang I menyesal decline his offer tak nak keluar pergi kedai.

Ok sekejap lagi I akan mula memasak dengan memakai tshirt comel saigon coffee gambar mug warna orange and seluar tidur hitam putih. Btw I dah mandi tau tadi lepas breakfast.

Kesimpulannya I sentap ni sebab tshirt saigon coffee ke sebab tak dapat beli bawang ke atau sebab terlebih tidur? Hahaha complicated sungguh perempuan ni kan? Bertabahla suami. Bak kata Puan Sri R, it is not easy for a man to marry a smart women like us... hihihi

Comments

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.