Me and Teacher Mitchelle

Mereka di Afrika Selatan ini juga sangat penyayang dan caring. Rata rata yang saya jumpa kebanyakannya peramah dan sopan. Mereka sangat mengambil berat tentang keadaan kenalan mereka.

Tempoh hari saya tiba di sekolah George dalam keadaan mata merah dan berair. Teacher Anna iaitu pembantu guru di sekolah George cepat menegur "mama Muaz, are you ok?" Saya cuma mengangguk dan mempercepatkan langkah saya, saya enggan menjawab, takut airmata tumpah lebih laju. Kejadian itu disedari Teacher Mitchelle yang kemudiannya berlari ke arah saya dan memeluk saya tanpa berkata apa apa. Selepas sedu saya reda, beliau membawa saya ke kerusi untuk saya duduk dan membawa segelas air. Kata beliau "I am sorry, I cant allow you to bring your son back home and drive when are you still crying. I know you are being strong. I know you dont want to tell people that you are tired or sad, because many will comment that you are very lucky for do not have to work. But I know you are just a normal woman like me or Anna and everyone else. There are time you are just tired and want to cry. So let it be."

Dia tidak bertanya langsung kenapa saya sedih atau menangis. Dia cuma menenangkan saya dan kemudia dia mengalih topic perbualan mengenai lunch box George. Dia tertarik dengan kuih apam beras yang saya bekal kan pada George. Katanya seorang kawan beliau pernah memasak hidangan yang rupanya seakan ini dan ianya dimakan dengan ikan atau daging. Jadi saya menerangkan yg Apam Beras ini agak manis sedikit jadi kami makan dengan kelapa parut yang diletak garam. Hari ni saya beri beliau satu pack apam beras. Harap ianya kena dengan selera mereka.

Rasa disayangi dan bahagia bila dikelilingi mereka yang positif dan mengambil berat seperti mereka ini. Warna kulit dan agama langsung tidak memisahkan kami. Teacher Mitchelle comfortable hugging and comforting me. Alhamdulillah.

Resipi apam beras. (Resipi ini dari Yatie Memories)

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 1/2cwn gula pasir (saya guna 1 cawan)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara
Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.

Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.

Perap selama 3 jam.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja
 

Comments

Popular posts from this blog

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.