A weekend well spent.

Dah seminggu George demam. Sejujurnya I rasa sangat penat. Penat yang keterlaluan. George ni jenis yg manja amat, sikit sikit merengek. Malam ke siang ke dia sentiasa merengek kalau dia tak dapat tidur nyenyak. Mungkin badan dia sakit, tak baik kan I, anak merengek pun I mengeluh penat. Punca dia demam lebih teruk kerana bodynya tak dpt terima antibiotic yang di berikan pertama kali. Bila dah habis dose nya demam George lebih teruk, mendadak naik sehingga 40.8. Alhamdulillah lepas dpt treatment dari nearby medical centre, demam dah kebah. Yang tak kebah nya tu merengek rengek dia la.

I berangan besok dah boleh hantar George ke sekolah, dah berfikir fikir nak pergi class di Gym dan selepas tu ke Ikebana class yang dua minggu cancel kerana instructor tak sihat. Nampak gaya besok duduk rumah lagi la dgn George.

Semalam D decided nak pergi tidur bermalam di hotel tepi dam, 20km je dari rumah. Nak beri George hidup udara segar katanya. Aduh... I bukan tak suka tidur hotel, tapi dlm keadaan George tak sihat dan I sendiri kepenatan, I lebih suka dapat berkubang atas katil empuk I aje. Sambil golek golek dok bawah comforter, sambil layan Internet atau story book, cuaca pulak mendung, langsir buka sikit aje, kan heaven tu... Kalau nak pergi hotel walaupun 1 malam, walaupun dekat je dengan rumah, still malas rasa nak pack barang, esp bila ada pesakit kecik ni.

Barang nak bawa mesti la banyak... Baju George kalau cuaca suam suam kuku cemana, kalau tetiba sejuk cemana (sekarang baru habis musim winter, baru masuk spring tp cuaca tak menentu)... Sejuk pula tahap mana sejuk, patut bawa puffer aje ke atau bawa jacket juga, kalau dia muntah kena bawa baju spare, semua pakaian kena di double kan la just in case dia cirit ke muntah ke... Tu tak termasuk baju kami juga kena extra, kot la dia muntah kat kami kan.

Barang2 lain macam diffuser, med clean, toiletries, susu, botol, biscuits favourite George, toys, sport shoes kami, eh macam2 la... Tp pergi juga la... Sbb konsep hidup I sekarang belajar bersyukur dan jangan byk komplen. Yang pikir n mengeluh pasal nak kemas brg tu dlm kepala dan hati I aje... I tak cakap pun la kat D. ..

So gedebuk gedebak, zasss 20 min je dah sampai destinasi. Wahhh cantik tempatnya. Ada mcm sungai ke tasik gitu la... D booking set utk picnic, dpt pula pukul 5pm... Aduh.. Ni lagi sekali mengeluh dalam hati, pukul 6pm kan dah nak maghrib, budak ni dah la tak sihat, picnic tepi air... Start la i tak senang hati tp again konsep nya kena bersyukur suami nak buat surprise utk kita.

So sementara tunggu pukul 5pm,kami lepak bilik dulu. Cantik dan cosy bilik ya, besar dan yang terpenting bersih. Bilik air bersih so InsyaAllah I boleh melepaskan hajat sbb kalau tak I akan ada masalah sembelit kalau toilet berlumut ke... Eeeiii I mmg cannot...

Tapi fridge nya lambat sejuk, I kan bawa antibiotic George yg kena simpan dlm fridge biar sejuk, so kami request la hotel hantar ice cube sikit nak letak dlm cooler bag yg kami simpan ubat ni. Sekali hotel hantar, ya rabbi, mcm nak kami buat mandi ais pulak, again jgn komplen accept je rezeki ice yang melimpah ruah tu.


George masa ni mmg tidur tidur ayam spjg masa sambil merengek la... Pukul 4.45pm kami dah terpacak dah kat receptionist nak ke picnic spot kami la. Then ada butler dtg hantar basket dan set up picnic place kami. Excited ok... Lapar pulak tu... Buka je basket ada mcm2 makanan... Tp serious I tak kenyang... Dalamnya makanan mat Salleh la, mcm healthy diet punya basket je, ada roti, cheese, biscuit, fruits, pancakes, couscous, smoked salmon... 😭😭😭.


Again konsepnya kena bersyukur dan jangan komplen, so I makan je la sambil dok imagine dlm basket ada nasi lemak, seri muka, pisang goreng, cucur Udang... Arghhh nikmatnya... Sambil sambil tu kami borak2 la, ala ala romantic la kan sbb cuaca mendung... D ckp wah romantic kan Yang... I cakap I tak tau la ni romantic ke spooky huahua... Seram pun ada juga la... Lagi pula si kenit ni merengek tak abis abis... Dlm. Keadaan spooky tak spooky tu licin gak la kami makan. . Alhamdulillah...

Lepas tu balik bilik semua terbongkang mengadap TV.  Eh tak tu D aje... I dok atas katil sambil tepuk George sambil layan IG. Sambil berangan, I fikir kalau tadi I dah gaduh sebab tak nak pergi tidur hotel tentu weekend ni dah jadi disaster weekend again. Teringat kak S cakap, jangan gaduh gaduh, rugi je kalau gaduh selalu. Ehm ada hikmah nya I sabar dan mengeluh dlm hati masa kemas barang. At least now I dapat merasa ke tempat yang ada nice view macam ni. Alhamdulillah terima kasih Allah.

All in all, I had a wonderful weekend despite George is still not feeling well. InsyaAllah he will be able to start schooling again after the AidilAdha.

Comments

  1. gelak baca sampai habis hahahaa ni rengekan george dah menjangkit kat maknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha masalah nya dialog rengekan I tu dlm hati je...monolog gitu hahaha...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan