Penat ke duduk rumah?

Semalam I tak masak dinner. Mula mula plan nak masak mihun soto. Mihun soto atau nasi himpit soto selalu jadi hidangan di rumah ni bila datang angin malas. Sebabnya bergedil dah buat siap2 frozen bergedil. So tinggal buat sup ayam dan goreng ayam serta bergedil. Ni cara ringkas resipi orang rajin macam I. Resipi orang lain tak tahu la macamana.

Pukul 3ptg mcm tu I wassap husband. Satu ayat je 'i am tired'. Terus dia reply. 'Tak payah masak la. Jom makan McD.'. Lama betul kami tak makan McD... ada lebih 3 bulan rasanya sejak I berazam nak makan rral food aje...eh tak... sebenarnya sebab I buat allergic elimination diet kerana allergic terlampau teruk sampai kulit jadi mcm kulit katak. Tapi bila husband cakap ajak makan McD ni memang macam best la hahha. McD di sini halal tapi tak ada ayam goreng macam di Malaysia. I suka Chicken Spicy burger, ok lupa nama sebenarnya apa. So petang semalam dapur tutup for dinner. Yippeee.

Dulu I tak faham kalau orang cakap duduk rumah ni penat. Tapi bila I dah duduk rumah memang serious penat. To be fair, my husband memang banyak tolong buat kerja rumah macam basuh tandas, vacuum and mopping, buang sampah, tukar cadar, basuh gosok cadar and duvet. Kerja I iyelah memasak, jaga George masa husband pergi kerja, basuh baju itu pun gilir2 dgn dia.

Memang kalau nengok macam apa la yang penat. Tp seriously penat. I rasa bila mentally penat dan kita tak happy tu yang buat badan kita penat. Mula2 I sampai sini I sangat tertekan, iye lah takde kawan nak bercakap. Kawan2 kat Msia ada tapi iyelah semua orang ada life kot mana ada masa nak layan ko meroyan tetiap hari. Untung la ada few friends yang mmg keep me accompanied virtually.

Byk siri perang dingin dan drama antara myself and husband juga. Sebab I rasa dia tak faham. And dia pun tak faham juga apa yang I penat sangat. Masa tu kami duduk rumah besar. Banglo 6 bilik. Duduk bertiga. Ada helper datang kemas rumah tapi bila you duduk rumah besar yang you rasa empty automatic rasa stress. Tu I la, orang lain mungkin suka je dapat duduk rumah besar.

Sekarang dah pindah rumah kecil. Still ada drama juga. Drama penat I la. Tp sekarang husband lebih bijak sikit kot tak nak jadi drama sinetron panjang2. Jadi kalau I cakap penat je tu yang dia terus ajak makan luar. Dia dah faham dah kita sehari suntuk duduk rumah, so bila dapat keluar cuci mata kat luar, ambil udara segar bila balik nanti InsyaAllah kurang la sikit rasa 'penat' tu.

Bukan apa, ni I la. Orang lain I tak tau. I dah biasa bekerja, dah biasa ada discussion hal2 penting la kononnya. Suddenly takde dah hal hal 'penting' nak di diskas kan. So mula la rasa tak penting la, tak diperlukan la, rendah diri la... jadi tu yang bila banyak sangat fikir badan jadi penat. Adaptation process untuk manusia ni berbeza, I ni lambat nak adapt... kelemahan sendiri.

Kadang kadang memang rasa stupid juga. I pernah sentap hanya sebab roti. Sebabnya I cakap roti di sini cepat expired. And husband cakap la tu pun nak bagitau dia ke? Expired buang aje la. I sentap sebab memang la bagi dia yang ada byk hal kat ofis benda ni hal kecil. I pulak duduk rumah, so isu roti pun kira besar la pada I. I sentap sambil menangis ala2 orang mati kucing kesayangan sambil cakap small thing for you is a big thing for me... dan of course la ada dialog dialog tambahan rasa stupid la, rasa tak penting la... memang pun I just need something to talk about.

Lepas dari tu dia mula cuba la bagi komen setiap kali I cakap walaupun masih ada la isu isu perang dingin. Selain dari dia, I pun berusaha juga. Berusaha untuk jadi positif, berusaha sgt2.


Gambar kat atas ni gambar bekal dia pagi tadi. Note I tulis untuk dia hari ini ialah 'thank you for bawa bekal everyday. You made me feel important'. Dia bawa bekal bukan sebab nak jimat duit atau terlalu busy sampai tak sempat lunch. I pun bagi dia bekal bukan makanan berat. Normally just finger foods macam ni, today dia bawa pan fried sweet potatoes, choc chip biscuits and 4 ketul cekodok pisang'. Ni jadi kudap kudapan dia je ni. Tapi I rasa important, I rasa I contribute something for him yang penat pergi kerja. Something simple like this made both if us feel good.

Banyak lagi I kena buat sebenarnya nak atasi rasa down and 'penat' I ni. I takkan give up, I know I boleh atasi rasa 'penat' ni dengan izin Allah dan dengan usaha yang tak putus.

After 8 months being a SAHM ni I kena akui  I salute la to all SAHM out there yang dah bertahun2 duduk rumah jaga anak and jadi pengurus rumahtangga. It is a tiring and noble in the same time. 

Semoga Allah SWT merahmati usaha kita ini.


Comments

  1. Wah bila u tulis sedih mcm mati kucing, mak ai tu mng sedih sgt tuh.. Get a pet! George mesti suka..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.