Belum kurus tapi on the way.

Dua hari sebelum masuk tahun baru, kawan baik cakap dia ada 123 days Challenge. I ni memang peminat bab bab nak join challenge nak kurus ni. Sebab rasa seronok je ada geng untuk diet and exercise secara berjemaah walaupun hakikatnya mereka ni di Malaysia, I pulak kat negara yg kalau ada Malaysian datang memang boleh buat jantung berdegup lebih kencang la excited punya pasal.


So kawan ni cakap...you kena ambil gambar dari sisi depan dan tepi. Lepas tu timbang berat. Buat mcm I ni.. dia pun hantar la gambar dia... I pun...ok... ada masalah di sini...

Masalah pertama I takde penimbang. Tapi takpe ni masalah kecik je. Beli mesin penimbang memang dah masuk dlm list barang wajib dibeli.

Masalah kedua which is lebih utama. Ehm patut nya jadi masalah nombor satu tp sebab nak saiko supaya tak lemah semangat jadi masalah nombor satu senaraikan yang senang nak achieve. Masalah nombor dua seorang je I boleh harap nak minta tolong ambilkan gambar. D... sah la nanti dia gelak and siap membahankan I yang dah bertahun tahun bercita cita nak kurus. Tp kena la hadap jugak. Tu pun sambil dia ambil gambar sambil membahan. Tapi nak kurus kan so pejam je la mata tebalkan muka walaupun kena kutuk.

Ok selesai masalah kedua. Masalah pertama pun dah selesai lepas beli kat Menlyn Mall. Menlyn Mall ni kira shopping mall paling besar la di Pretoria ni. Masa nak beli tu ada yang simple je tapi I kan memang over and beriya maka harusla cari yang ala ala best. Bamboo finishing so lawa la.. siap boleh calculate fat, water etc...

Balik rumah excited terus la timbang... then tak percaya... takkan I ringan sangat. Naik kan pulak si George ni. Aik takkan berat si George dari thn lepas sama je. Suh D pulak naik. Dia ni siap in denial. Siap bg figure yang tak logic la berat dia seringan tu. So takpela tenang dulu pergi mandi solat semua. 

Lepas mandi dah pakai baju tidur timbang lagi... wahhh turun lagi 1.5kg...ooo patut la tadi pakai jeans... tp still tak senang hati. Masa tu terfikir mungkin penimbang ni dah silap setting. So dengan gigih baca manual dari front page sampai abis. Pastu tunggang terbalik kan mesin tu. Serious x jumpa punat nak reset. Masa tu dah start menyesal sbb beli penimbang ala ala best ni. Masa ni ckp dlm hati kalau tau beli je yg biasa pakai jarum tu. So sepanjang malam tak puas hati.

Ni ler mesin penimbang yang buat I tak lena tidur semalaman. 

Masa tu terfikir I ni tak yakin dah ringan sikit sbb I mmg dah lost self confidence ke sebab apa? Tapi I rasa punca utama sebab I tau I memang dah kurang diet dah. Jogging pun sebulan dah tak buat dengan alasan cuaca panas. So masa ni dah ready nak read weight measurement lebih berat. 

Bangun pagi esoknya terus la ngadap mesin ni jugak. Then lepas tu fikir baik I dukung si George kalau betul berat I tambah 9kg waktu dukung George maknanya mesin ni betul. Nampak sangat sel sel tak berhubung dengan baik, patut dari mlm semalam je boleh huat gini. Ni tidur dlm rasa tak puas hati.

So lepas experiment dgn dukung George yeay Alhamdulillah betul. Berat I tu memang dah kira ok walaupun mesin canggih ni indicate me  as 'too fat'. Urghhh...

Then excited la bagitau pada si kawan yang dok mengajak join 123 Challenge dia ni. Masa ni semangat la nak masuk challenge... tp selang few minutes kawan ni cakap ahli geng Challenge yang lain cakap I tak layak join the 123Challenge sebab dah kategori ringan... Apakah???!!!! Kejam betul diorang ni... nak bertanding dengan yang berat je rupanya. 

Jadi nya sekarang ni walaupun tak dapat join the Challenge tapi happy la sebab rupanya my eating habit yang dah berubah tu sudah mendatangkan hasil. Now focus ialah utk body tone. Tunggu dapat roh la cemana nak buat bab toning ni.

Tadi sambil sambil masak sagu biji untuk buat sago gula melaka dok fikir apa la masalah I ni yang suka sangat berfikir... ehmm sindrom surirumah agaknya.

Thats it for my 2nd entry blog. Takde apa apa menarik pun cuma catatan untuk kenangan. Btw berat tersebut ialah 56kg... hahaha kalau berat 46 pasti lagi tak yakin... 

Comments

  1. InsyaAllah.. Ila tetap cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much dear friend. Thank you for your endless support since UM day!

      Delete
  2. Go for it! I'm sure u can do it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you my CT friend. Sila diet and jogging!!!

      Delete
  3. You ni takde masalah cari masalah. I ni yg tinggi cuma 52kg tu lau masalah besar camana nak tambah lemak! Dei, dah ok la tu.. Kurua sgt tak comel la

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.