Jelly perisa sunlight!!!

Mlm ni kami buat tahlil dan solat berjemaah di rumah. I suka bila D sekali sekala panggil kawan rapat dan anak tahfiz baca yassin di rumah. Walaupun penat sedikit tapi I rasa seronok. Cumanya kali ni sangat short notice. 2 hari sebelum majlis baru D beritahu I.

Tak ramai pun jemputannya. 2 keluarga from the Mission dan 5 orang anak-anak tahfiz. Kebiasaannya mereka akan sampai di rumah setengah jam sebelum Maghrib dan solat berjemaah. Diteruskan dengan bacaan Yassin lepast tu solat Isyak berjemaah. 

I cuma masak nasi putih dan few jenis lauk pauk serta simple kuih muih as D requested. Disebabkan I ni jenis slow kat dapur so I masak secara berperingkat. Semalam lepas dah buat persediaan utk lauk, I siap siap buat apam beras. Yang ni senang sebab I can put in the fridge lepas tu besok kukus semula. Badan dah penat tapi I rasa I boleh buat jelly lagi ni. So dah ada dua dessert la untuk besok.

Then mula la I study segala buku resipi dan cik google semua... keyword nya 'jelly cantik, senang dan sedap'. Boleh? Nak cantik nak sedap tapi nak senang. Semua resipi keluar susah susah... I punya bateri badan ni rasa dah tinggal 20% je so I decided buat jelly plain. Membazir masa je satu jam mentelaah resipi last last ikut resipi belakang packet Konyaku je.

Dengan gigih I buat jelly warna warni traffic light. Yang merah perisa rose, hijau perisa apple dan yang kuning perisa lemon.

Lepas dah siap masuk fridge, dalam satu jam macam tu I check ok ke tak jelly ni. Bukak je fridge semerbak bau sunlight. Serious macam ada sunlight tumpah dalam fridge. Then I mula la merasa jelly tu... uwek tak sedap langsung. Yang hijau ke kuning ke merah ke semua rasa sunlight. Sambil I dok merasa jelly tu siap terbayang iklan Ar2ah Yusni Jaafar berlakon dulu tu... beribu ribu lemon jatuh atas dia tu. 

I tak pernah la makan sunlight tapi bau jelly tu sebiji bau sunlight. Bila makan pun rasa sunlight. Moral of the story, jangan paksa diri memasak kalau memang dah tau dah penat dan tak larat. Dan yang paling penting jangan buat jelly perisa lemon kecuali you all memang suka bau sabun basuh pinggan. I tak leh nak telan, I bayang kan kalau makan nanti berbuih buih pulak perut I. Tapi tak tau la kan kot I tercurah banyak sangat perisanya. End up semua jelly traffic light I masuk tong sampah.

Sebelum I buang tu I niat kan semoga makanan I buang tu jadi makanan untuk semut. I bukan sesaja nak niat mcm tu, ari tu ada baca wassap tak ingat siapa ntah forward, kita seboleh boleh jangan buang makanan sebab tu rezeki dari Allah. Tapi sekiranya mmg nak buang juga niat la supaya ianya jadi rezeki hamba Allah yang lain. So I niat la jelly sunlight jadi rezeki semut. Semut takpe kot makan, nanti wangi je sarang dia.

So tadi I buat la jelly perisa strawberry. Merah je semua. Serik dah la nak buat jellt traffic light.

Opsss ni berita terkini, partner gigih kesayangan I di Pretoria cakap dia akan bawa dua jenis kuih ptg nanti ke rumah I. Alhamdulillah rezeki tuan rumah dan para jemputan.



Comments

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.