A day of a SAHM...

I rasa I dah lebih dari sebulan tak outing dengan kawan-kawan. Alasan sebenar ialah malas. I tak tau la I aje ke yang ada sindrom malas nak keluar rumah. Mula-mula I tak perasan yang I memang suka duduk rumah until one day I tak jumpa my own house key, rupanya kunci rumah I dok dlm kereta sejak bila pun I tak ingat. Then D suruh I keluar bawa George pergi beli daging halal dan beras basmathi. Di sini kami beli daging fresh halal di Laudium, lebih kurang 25 minute dari rumah kami. Selalunya memang I pergi dengan D during weekend tapi agaknya dia pun risau yang I tak keluar rumah jadi dia suruh I pergi dengan George. D memang kadang-kadang lepas balik kerja ajak kami keluar, sebab agaknya fikir apsal la bini and anak dia dok terperap dalam rumah aje. To be honest, I am happy actually being in this house, do whatever I like to do.

Kiranya minggu ni I dah keuar rumah 2 kali without him, sebab semalam I keluar half day dengan my friend, pergi makan icecream, makan potato chips, ronda ronda melawat Gucci, Ferragamo ...segala brand kedai la kami masuk cuci mata tapi satu benda pun tak beli. Berborak sakan la kami dok update each other progress.

Dah memang duduk rumah je kan, mana ada topic lain nak borak. Salah satu nya ialah, berapa banyak sudu you guna setiap kali you memasak?? hahah pastu I pun terfikir aah la memang setiap kali masak I akan guna sudu kecil yang banyak...sudu untuk cedok bawang kisar, sudu untuk cili kering kisar, sudu cedok garam, sudu untuk rasamasakan, sudu untu bancuh kan santan dan garam... eh banyak la I guna sudu. Then Puan S cakap, dia pernah tau ada orang guna satu aje sudu waktu memasak. I pun kata eh boleh ke? Ok la lepas ni masak I akan kira berapa banyak penggunaan sudu I.

Punyala  takde kerja sampai sudu pun I nak kirakan.
So pagi tadi masa prepare breakfast, I pun mula la misi mengira penggunaan sudu... hidangan hari ini ialah nasi lemak, sambal bilis dan cekodok pisang.
sudu kecil
- cedok bawang blend
- cedok cili blend
- cedok garam dan gaul dengan santan
- rasa sambal
- scoop kan cekodok pisang masuk dalam kuali
sudu besar
- gaulkan pisang dan tepung

I telah menggunakan 5 sudu teh dan 1 sudu makan sepanjang proses memasak pagi tadi. kira ok la kan tak la banyak sangat. misi untuk menggunakan 1 sudu je masih tak berjaya, I rasa I memang tak boleh la guna 1 sudu.

Then kami borak jugak pasal dua minggu lepas I ada masalah asyik terjaga tengah malam and menangis sebab stress. Puan S cakap, I rasa you penat sangat lah you... I pulak dengan mata yang terbeliak ckp "I penat?? I tak de buat apa sangat la di rumah. Ke I ni isteri pemalas? sebab I rasa kerja I tak la banyak sangat tapi I penat" ... Lepas tu turn Puan S pulak terbeliak mata "you!! I terasa ok... ke kita sesama malas?"... hahaha... tapi memang pun I rasa kadang2 memang penat.

Ingat tak penat ke duduk rumah.. Ok kebiasaan rutin I macam ni...ni utk summer la...

Disebabkan subuh masuk waktu pada pukul 4.04am, so I selalu akan bangun pukul 3.30am for my spiritual session sampai masuk waktu subuh. Dalam pukul 4.30am I akan tergolek atas katil semula sambil plan on what to do today. Normally I akan determine what to cook for breakfast, ada cooking experiment project atau tak, menu for dinner. Pukul 5.15am tukar pakaian, masuk dapur and buat preparation untuk breakfast...preparation ni mcm keluarkan frozen kuih dari freezer, rendam mihun, keluar kan ayam ke, sayur ke, telur ke...susun atas kitchen top. 5.30am akan keluar rumah for brisk walking/ jogging.

Pukul 6am akan start prepare breakfast, by this time selalunya D and George dah bangun, D has the morning habit of vacuuming the house and sweeping the floor at the front yard. Kami selalu breakfast anggaran pukul 7am - 7.15 am untul 7.45 to 8am... sambil makan sambil borak...

Then lepas tu I akan clean up the kitchen, masukan baju dalam washing machine untuk hari yang I do the laundry which is 3 times a week only. D will go to office at 8.30am, I pun masuk bilik air bersihkan diri... I always start my 30 minutes morning spiritual session between 9am to 9.30am. Selalunya George akan start take his 2 hours morning nap at 10am. so masa morning nap George ni I akan ada my me time yang I akan spend in my reading room. Either reading, writing, browsing, blog hopping, decoupage or anything that I want to do without George around.
Bila George bangun, I akan spend like 15minutes with him on the bed, bagi mood dia ok semula dan kami akan turun ke bawah sama2. Masa ni I akan start masuk kitchen prepare light lunch for me and George. Normally kami makan anything left over for breakfast, or bread or simple pasta. Sambil tu I akan keluarkan lauk dari freezer untuk prepare dinner.

Lepas zuhur, I will start my cooking experiment activity in the kitchen, or preparing frozen kuih. George will watch TV, or playing samada di hall atau kebiasaanya di kitchen with me. By 3.30 pm I will start cook dinner. I have to admit that I agak slow di kitchen jadi walaupun masak ringkas still I spent so much time there. By 4.30pm D will be back and I will start serve the dinner. We always take our dinner at 5pm.

By 6pm, I will clean up the dining hall and the kitchen, masa ni kebiasaanya George akan ada bath tub time with daddy. By7pm selalunya kami dah naik atas. We are trying as best as possible untuk solat Jemaah bersama for maghrib and isyak. Isyak buat masa ni dalam pukul 8.30pm. Lepas Kebiasaanya kami tak turun semula dah ke bawah, I normally sleep at 10pm.

Itu rutin I kebiasaannya... in between countless tukar pamperss George, buat susu, George tantrum, lap lantai bersepah dengan makanan George, tukar baju dia bila kotor... ada masanya jadual I berubah bila I ada function to attend, or I go outing but still I must prepare breakfast and dinner. Rutin ni pasti akan betukar bermula minggu depan bila George sekolah. Nampak macam tak ada banyak benda I buat pun sepanjang hari. Tapi sebenarnya duduk rumah ni memenatkan sangat sangat. I am quite lucky because D is helping me with the cleaning part. Tak boleh nak imagine kalau those yang takde bantuan from anyone. No wonder la ramai surirumah yang mengalami tekanan peasaan.

Am I the only SAHM yang rasa penat? Kadang kadang bila rasa penat sangat, masa tu ler I terfikir betapa bestnya kerja di pejabat. tapi I always remind myself yang Allah chose me to go through this path, so I must do it as best as possible. May allah SWT reward me and all wives out there with jannah for providing the best for our family.

Kadang kadang I fikir rasa penat tu bukan kerana fizikal sangat tetapi lebih kepada mental. I masih rindu untuk bekerja macam dulu... rindu nak ada career sendiri... btw, hari ni I masak rendang daging. Masak rendang ni always a therapeutic to me. Hopefully rendang daging rasa sedap hari ni.

Comments

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.