Me time... me time...

Pagi tadi ada my bff dari Msia wassap tanya how do I feel now lepas George masuk sekolah? I told her, D thought I will sad but actually am not. Am very happy. Bukan la I happy sebab I malas atau tak nak jaga George. I happy sebab I can plan and focus on myself at least few hours a day. My friend said she understand it well walaupun  tak ramai orang faham.

Certain people cakap kesiannya anak kecik nak kena pergi sekolah. Mak dia malas ke? Bukan mak dia ada kerja pun di rumah. Well orang boleh cakap macam2, which i tak kisah pun.  Dulu masa kerja ada juga la me time dari pagi sampai petang. Pergi office, lunch dengan kawan, window shopping, ambil cuti pergi spa dengan kawan2. Tapi sejak jadi SAHM memang tak ada me time ni. I mengaku I perah memberontak, I pernah cakap dgn D, let me have just 1 hour to be in the bathtub and relax without hearing George crying. Sampai mcm tu sekali masa penat sgt... stress sgt...

Siapa kata Stay At Home Mom tak perlu kan masa untuk diri sendiri. I still remember someone told me, her me time hanyalah masa dia dalam bilik air dan waktu dia bersolat. Itupun kalau anak tak tidur ada jeritan suara anak, menangis, menjerit etc. Sesetengah wanita luar biasa mungkin tak perlukan 'me time' ni. Tapi I cuma manusia biasa and I memang request my husband on the me time.

Seriously lepas I dah jadi SAHM baru I tau kenapa ramai surirumah tension, stress atau rasa tak didengari. Because perception kebanyakan orang ala duduk rumah bukan keluar pergi kerja pun. Tapi orang tak tau tekanan duduk di rumah tu macamana. Dan I rasa bukannya kita SAHM ni tak nak me time. Tapi kadang2 tak boleh nak ada me time. Macam dulu D kasi je I keluar dengan kawan2 tapi bawa George. Bila bawa George instead of nak release tension kadang kadang I jadi tension.

I ada option samada hire fulltime helper atau hantar George to school untuk membolehkan I dapat the me time. Dari segi financial lebih kurang sama je kosnya. Tetapi I berpendapat lebih baik hantar George ke sekolah half day... sekiranya perlu full day kami boleh bayar ala carte untuk hari tersebut sahaja. Sekurang-kurangnya di sekolah George boleh belajar berkawan, sahsiah diri, simple French and basic living skills. Kalau ambil helper, iye condition rumah pasti tip top tapi tak add value kepada George.

Bila hantar George pergi school ni memang I jadi busy sikit. Early morning I perlu siap kan breakfast, dan bekalan makanan D and George. Tak ada masalah sangat cuma kena plan dari hari sebelum apa nak masak supaya bangun pagi tak kelam kabut. Macam pagi tadi D tak dapat hantar George sebab dia ada meeting awal di Johanessburg. Jadi I went alone. Jarak dari rumah ke sekolah dalam 5km. Then lepas tu I rush balik rumah.

Pukul 9.45am I keluar untuk jumpa few friends kerana ada 3 orang kawan kami akan pulang ke negara masing2 soon. I jarang sebenarnya keluar jumpa kawan atau beraktiviti tanpa George jadi hari ni memang rasa agak lega dan of course bahagia. Kalau tak sambil kita bercakap sambil tu dia tarik gelas la, merayau keliling kedai la... memang bahagia la rasanya hari ni dapat peluang jumpa kawan kawam selama 2 jam tanpa gangguan. Alhamdulillah...

Pukul 12tghari I ke sekolah George, Alhamdulillah he looks happy. Teacher minta I hide myself so I can take his candid picture or video. Later bila dia dah nampak I dia hug me and continue playing. Ewah lebih lebih pulak taknak balik kan, sampai I cakap okla mommy going home now baru la dia ambil bag and ikut I. Bahagia betul perasaan bila nampak dia dah boleh sesuaikan diri dengan new environment.

Kebetulan baru je nak start kereta, kakak gigih pulak wassap cakap minta singgah rumah dia... wahhh sure nak bagi food ni. Hahaha.... lagi lah bahagia rasanya. Nengok2 Kak S beri rendang daging dan nasi hujan panas. Alhamdulillah rezeki. Tak yah la mommy masak ari ni. Petang nanti buat salad je.

Alhamdulillah... syukur pada Allah for this rezeki... honestly, sejak I tak bekerja I memang tak ada financial independence like before. Tapi I yakin rezeki dari Allah... termasuk la rezeki I rasa bahagia hari ni... kerana hari ni I dapat my quality Me Time.

Btw, bukan la I nak me time tu sebab I nak jimba jimba sahaja... tetapi sebagai seorang yang pernah berkerjaya, I still have a dream... I am chasing my dream now... sebagai seorang diplo wife, I also have responsibilities yang perlu dilaksanakan...

Comments

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.