I am a chefwannabe

Dia selalu support I untuk menulis dengan cara charge kan laptop sampai penuh bateri. Dengan harapan nanti dia dapat la baca story Cik Puan Bunga Raya. Tapi dia tak tau yang selalu nya I dok mengadap blog orang lain, membaca sambil mencari ilham kononnya.

Dia pun support I untuk jadi blogger dengan cara bagi I topic what to write. Semalam dia minta I tulis tentang George yang tersembam jatuh masa kami pergi hiking hari sabtu lepas. I memang rasa nak tulis pengalaman kami pergi hiking tapi ntah kenapa semalam macam takde jiwa nak mengarang.

Hari ni pula dia beri I topic lagi, satay kontot. Dia cakap you tulis la pasal satay kontot you buat. Kesian satay I tu. I panggil mini satay, dia boleh panggil satay kontot. Tak plan pun dari asal nak buat satay tapi nengok ada left over nasi dalm fridge. Rindu pulak nak makan nasi goreng dengan satay ayam macam yang selalu hotel kat Malaysia hidang. bila masak dengan rasa happy memang sekejap je dah siap. Buat satay ayam kontot 20 cucuk dalam masa setengah jam. Ok la kan, tak boleh la la compare dengan Hj Samuri, beribu ribu cucuk. I dapat buat 20 pun rasa bangga sampai ke malam.

Anggap la sedang makan di Majestic Hotel KL. Kenapa Majestic Hotel? Sebab itu favourite hotel kami.
Gambar kat atas ni ialah gambar satay kontot dan nasi goreng sedap I masak. Sedap ke? D cakap sedap. George of course la cakap sedap. George bukan excited makan sate ayam, dia excited dapat pegang lidi satay, makan dari lidi tu konon thrill la kot. tak berhenti henti mulut cakap dap dp dap.

Kadang-kadang macam tak percaya yang I can cook. Lagi pulak nak buat satay sendiri. Rasanya kalau tak sebab kena tinggal di tempat yang tak ada langsung jual makanan Melayu pasti I masih tak pandai memasak. Mengikut data, cuma seramai 300 orang Malaysian berada di South Africa ni. Oh lupa ada sebuah gerai jual masakan Malaysia di Rosebank Sunday Market. setiap hari ahad, Andy, Malaysian Chinese from Malacca akan jual nasi lemak (itupun kalau ada stock ikan bilis katanya) dan pelbagai jenis lauk pauk macam ikan masak lemak, rendang ayam, sayur goreng. D and I pernah makan dua kali di situ tapi selepas tu kami lebih suka mencuba makanan halal lain dari Morooco, Saudi dan India.

Sejak jadi housewife ni I selalu berangan yang one day I akan dapat write a book. Maybe a recipe book. Untuk orang yang macam I cuma menjejak ke dapur secara serious di lewat 30an, masuk ke dapur adalah satu task yang besar. Mula-mula sampai ke Pretoria ni, Puan Besar Malaysia masa tu minta kami semua bawa juadah masing masing untuk jamuan buka puasa. Masa tu I ditugaskan buat kuih keria. Kuih keria ni I reti buat seba bahan nak digunakan sikit je. Puan Besar masa tu cakap, keledek di sini lain dari di Malaysia jadi kalau nak buat keria you kena guna keledek dari Mozambique. Keledek ni cuma dijual di Lynnpark. Ehm masa tu I kan baru sampai dalam 2 minggu so Lynnparkdi mana pun I tak tau... apa rupa keledeknya lagi la tak tau. I dok fikir ish memang ada macam macam jenis keledek ke? apa lah susah sangat ni. Nyesal pun ada agreed nak buat kuih keria. Tapi tu dalam hati aje lah...secara luaran I mengangguk sambil senyum dan muka confident. Tu yang lepas tu I dapat gelaran dari kawan kawan di sini sebagai cik puan gigih.

Lepas dapat tugasan tu, mula la I tak senang hati.  Berjaya la juga cari kedai di Lynnpark ni. Masuk je kedai terus cakap "I want a potato from Mozambique". Mamat black cakap "oohhh the black sweet potato". I pun angguk angguk...tak kisah la black ke red ke orange ke janji dari Mozambique. Sementara nakseminggu rasanya setiap hari D kena jadi food tester di apartment makan kuih keria. Dari tak sedap sampai sedap la. Itu permulaan I memasak kuih tradisional Melayu di Pretoria ni.

And since that, I never turn back. I will keep on cooking and baking. I am the chef wannabe.

Pretoria unleashed my cooking talent. Alhamdulillah.

Comments

  1. oh memang gigih. kalau i agaknya cik puan besar merasa la makan pizza je hahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi pizza buat sendiri pasti buat Puan Besar tersenyum lebar

      Delete
  2. Haha satay kontot.. You balik nnt pls I nak order 20 pcs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha 20 je ke? Cukup utk azmi je nanti... kontot kontot je ni

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.