SOCMED... deactivate and reactivate. Reasons behind it.

I ni memang quite active in FB. Because itu satu cara I keep rapat dengan friends and families.  Mula2 I sampai di SA, I deactivated all of my social media accounts. Ada few reasons, salah satunya kami yang telah hadir semasa Pre Posting Course diminta untuk tidak memaparkan gaya hidup atau lifestyle sebagai keluarga diplomat.

Ada banyak sebab mengapa diminta sedemikian. Pertamanya isu security, dan juga atas isu tidak mahu anggapan orang luar terhadap gaya hidup diplo ni di salah anggap.

Kita di sini mengikut pasangan yang bekerja, iye tak dinafikan mereka yang bertugas di luar negara dapat elaun yang sewajarnya. Ramai yang anggap hidup mewah senang lenang. Sebenarnya tak macam tu pun. Kalau I nak hidup senang lenang baik I stay di Malaysia dan bekerja dari ikut suami dan mengharapkan elaun dari suami.

Lumrah manusia suka paparkan gambaran kehidupan yang indah. Contoh kalau kita buat jamuan makan, kita ambil gambar masa majlis berlangsung, tuan rumah dah pakai baju cantik dan letak gambar tu dalam FB ke IG ke. Orang pun nengok, and comment bestnya dia dok oversea... atau.. bestmya asyik buat makan makan aje... atau bestnya  pakai lawa2 pergi hadir jamuan makan. Tapi apa yang orang tak tau, kalau kita tuan rumah... berhari hari sebelum tu kita dah pergi pasar sibuk beli bahan2 mentah... dah mula kelam kabut kat dapur... yang orang nengok kita pakai baju cantik cantik blink blink tu  sekejap.je pun semasa majlis berlangsung... masa lain tu kita tak ambil gambar pun pakai seluar dengan tshirt buruk bertungkus lumus kat dapur. Orang tak nengok sehari sebelum kita keluar kan pinggan mangkuk nak lap semula, nak susun elok2... macam macam persediaan kita kena buat yang orang tak nampak dan kebiasaannya kita tak tunjuk dalam social media.

Dan kalau kita pula yang attend majlis orang dan kita letak gambar dlm social media mungkin orang cakap bestnya mereka selalu pergi majlis cantik2. Sebenarnya ramai yang tak tau, bukan semua yang ikut pasangan bertugas ni dapat jemputan begini. Kebiasaannya TYT Duta Besar dan second man yang mendapat jemputan rasmi begini. Jadi kebanyakan spouse yang lain tak berpeluang pun.

Kalau kita jalan2 dan ambil gambar post dlm socmed orang mungkin komen bestnya diorg asyik jalan2... sebenarnya orang di Malaysia pun jalan jalan juga. Contoh macam kami, selalu hujung minggu pergi panjat bukit di taman berdekatan, free park. Alah macam kat Malaysia kalau orang jalan jalan pergi Taman Tasik Titiwangsa atau pergi naik bukit di Broga Hill. Macam tu ler contohnya. Tapi sebab you di luar negara, Kerajaan bayar gaji spouse you di sini, jadi kalau kita letak gambar berjalan jalan macam ni tak nak di salah anggap yang kita dah membazirkan duit kerajaan. Jadi nak senang, kami semua dinasihatkan untuk tidak mempunya socmed. Kerana risau yang kita akan memberi gambaran kurang tepat akan gayahidup kita.

Tak dinafikan memang pun ada yang hidup mewah tapi bagi I sendiri, tak ada apa2 yang mewah kecuali I mewah dengan masa kerana tak bekerja. Kalau nak ikutkan mewah duit, dulu rasanya lebih mewah sebab I earn my own money.

Tapi I degil, I reactivate my socmed accounts. Because I need friends...I need people around me biarpun virtual. Jadi kena pandai pandai pilih topic apa yang nak ditunjuk kan dengan harapan tak jadi buah mulut orang.

Ada my friend pernah comment I suka buat hashtag #housewifelife... katanya housewife tak pergi function mcm I. Betul.... tapi housewife di Malaysia pun pergi function apa... pergi wedding, kenduri khatam quran, kenduri aqiqah dan macam macam majlis lg. Sama la macam I juga kan cuma kat sini takde pakcik makcik nak ajak I tolong rewang dan takde majlis berkhatan orang nak jemput. Orang nampak masa kita pergi majlis yang kadamg2 cuma 2 atau 3 majlis je sebulan. Hari hari lain dalam bulan tu pandai pandai la you nak hiburkan hati memasak ke menjahit ke membaca ke.

Sebenarnya kalau you tulis apa pun, kalau orang nak bercakap akan cakap juga. Ada someone pernah tanya I mana I beli baju2 George? Di Malaysia atau di SA? I pun rasa pelik. Tp George ni baru umur setahun lebih pun, of course la from time to time akan beli baju di sebab budak sedang membesar. Takkan I nak cakap dalam socmed, seluar tu beli di Ackermans harga dalam ZAR30 (RM 10) , Ackermans ni kalau kat Malaysia ala2 Pusat Pakaian Hari Hari... tapi quality wise lebih baik dari di Pusat Pakaian tersebut... pastu nak cerita ke tshirt tu beli kat Checkers... Checkers ala Giant di Malaysia... lepas dapat soalan macam ni, I realised yang orang luar boleh buat pelbagai tanggapan dan andaian berdasarkan gambar yang kita tunjuk... jadi betul lah nasihat yang diberikan utk tidak mempunya socmed.

Again, I degil. I masih ada socmed, and now ada blog pula. My intention is I cuma nak orang tahu dan faham yang kehidupan kami ni sama je macam orang lain di Malaysia. Yang berusaha nak menceriakan kehidupan seharian kita semua.



Comments

  1. the grass is always greener on the other side, kata omputeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul... jadi cuba la I ni especially belajar bersyukur

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.