Cooking is therapeutic

Siapa suka memasak waktu tak senang hati atau sedih kita sep sikit. Eh tau ke 'sep' tu apa? Sep tu macam masa kecik kecik kita main. Nak main sep sep tom tom ni kena ada partner... duduk bersila bertentangan dan tepuk tangan... ada la cara tepuk tangan, gerak bahu nya... yang paling I ingat...

Sep sep tom tom
Ola oli diberi nama
Saudara saudari
Cikebum cikebum

Malam malam minggu disko disko
Putih putih melati
Ali baba
Merah merah jelita
Miow miow
Siapa yang baik hati Cinderella

1, 2,3, 4 cepat tukar tempat...

Hahaha dahsyatkan kecik kecik dah nyanyi disko disko...


Dulu I takde la suka memasak pun... tapi sejak dok SA ni I realize bila I sad atau tak senang hati or bosan I akan masak rendang. Masak rendang ni therapeutic for me. Bau aroma daun kunyit dan daun limau purut yang harum dan bau rempah rempah, dan masak slow cooking yang lama, buat I tenang. Normally lepas rendang masak selalunya mood I dah ok semula.

Tadi I beritahu my duplo friends yang I sedang masak rendang... terus yang seorang tu ckp, sure mood you tak ok hari ni kan sebab you masak rendang...

My grand aunt meninggal 2 days back. I tak la rapat sangat dengan dia pun, tapi I ingat lagi dulu dulu lepas SPM i selalu jalan2 dgn Tok Sam dan Tok Atan. Mereka ni duduk di area Selayang, dengan mereka la I panjat tangga Batu Caves tu, teringin nak tau apa ada kat dalam tu. Rupanya ada gua... Tok Sam dan Tok Atan la bawa I, mak dan adik2. Kami pernah pergi berkelah ke Ulu Yam sama2. Lepas tu bila dah kerja masa pun sibuk je jarang la I jumpa Tok Atan dan Tok Sam ni. Tup tup dapat tahu Tok Sam (perempuan) meninggal pukul 1.45am dua hari lepas.

I bukan la sedih terlampau kerana Tok Sam meninggal tapi I terfikir umur kita ni rahsia Allah. Tipu la kalau I cakap I tak risau if anything happen to my loved ones in Malaysia when I am not around... 2 bulan lepas ada staff kedutaan di sini ibunya meninggal pada hari dia patut fly balik ke Malaysia untuk visit maknya... well, its part of cabaran bila kita kerja di luar negara macam ni. Pengorbanan yang takde tulis pun atas kertas... tapi you must always get prepared and ready...

No one can guarantee we can be with our loved ones pada masa akhirnya nanti. Macam last month ada Malaysian yang mengembara ke Madagascar meninggal... Few days back ada staff TM meninggal di tempat di tempat kerja .. Mereka pun tak tahu mereka nak diambil masa tu kan... Honestly all these buat mood I down sikit...


Masa nak ambil kerisik untuk rendang ternampak pula kacang merah. Tiba tiba rindu mak sangat2... dulu dulu mak suka buat bubur kacang merah. Bubur kacang merah mak tak letak santan... cuma gula dan daun pandan. Di SA ni pokok daun pandan tak hidup mungkin sebab cuaca. Jadi daun pandan yang I guna adalah all the way from Malaysia... balutkan dlm aluminium foil and simpan dalam freezer. Alhamdulillah baunya wangi nya masih ada.

Tempoh hari isteri Duta Besar Malaysia ke salah sebuah negara Afrika ni datang ke rumah kamo dan beliau beri tips pada i untuk tanam pokok pandan, katanya bila musim sejuk, bawa masuk pokok pandan yang di tanam di dalam pasu ke dalam rumah. I think when I go back to Malaysia for holiday, boleh le I bawa anak pokok pandan dan try tanam di sini.

Hidangan hari ni I buat la bubur kacang merah... masak rendang dan pulut... untuk ubati hati sendiri...

Al Fatihah utk Tok Sam... untuk arwah2 yang dah pergi sebelum kita...

Comments

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.