Sah dia rindu I!!!

Macam handsome je I nampak kepala ikan salmon ni.  Besar dan berat tapi I tak timbang. Kat sini ikan mahal, baru share dgn kawan semalam statistic harga protein seluruh dunia. Ikan paling mahal adalah di South Africa. Harap2 statistic tu betul kalau tak I dah bagi wrong info. Tapi memang pun, seafood memang tak popular di sini sebab mahal. Pretoria ni kedudukannya jauh dari laut. Major factor la kenapa seafood mahal. 

Untuk kami yg small household ni ok lagi. So tak la sampai buat catuan ikan macam I buat catuan kicap dan keropok. Selalunya kami akan beli stock seafood sebulan sekali di Johannesburg. Macam macam jenis ikan, jangan tanya nama I memang tak tau. Tp I kenal ikan salmon tp tak beli seekor sebab mahal. I beli kepala je. Seketul kepala ZAR15, anggaran dalam RM5. Murah kan???

I tak berapa pandai masak kari kepala ikan dan juga asam pedas kepala ikan. Eh bukan kepala je kalau masak badan ikan pun tak berapa pandai. Tapi sebab kepala ikan ni murah I beli la juga. Jadi kalau D yang memang tetiap ari tanya 'masak apa ari ni Yang?' ... boleh la dengan bangga I jawab 'Kari kepala ikan'... mcm hebat je bunyi nya kan. Nengok punya la nak keep positive sampai apa nak jawab kat wassap pun ada justificationnya. 

 Then tadi sambil masak kari sambil stove sebelah rebus jagung untuk buat bubur jagung, sambil berangan pasal besok nak pergi hiking nengok zebra... tetiba kawan message hantar gambar dia tgh makan kek dan minum teh. Nengok multitasking kan surirumah ni. Dulu kami ni memang duo kalau menjelajah cafe2 cantik dan makanan sedap kat area rumah kami. Partner jogging pun dia jugak. Lps jogging kitaorg gi mkn roti canai.


Selalunya dulu dulu sambil makan kek sambil kami discuss and strategize cemana nak kurus, cemana nak fit, cemana nak awet muda... ni topic wajib... again, keinginan tak seiring dengan perlakuan huahua... tapi tak pe yang penting kita happy. So tadi kawan ni cakap la 'lama betul I tak makan kek dan minum teh dgn u'... sah dia rindu I... ehmm ni kawan 123 Challenge la ni... takpe la harap lepas dia makan kek sepotong tadi dia insaf sekejap. Dia ada challenge tu, I takde so I takpe makan...huahuahua

Sambil dok borak (wassap). Kari kepala ikan salmon I pun dah masak. Sumpah sedap. Tekak I la. Tekak orang lain I tak tau. D sah la tak berani nak cakap tak sedap. George pulak I memang dah train kalau mommy tanya sedap tak mesti ckp sedap. So George pasti bila dia makan isi ikan tu dia akan cakap 'dap dap'. Chef wannabe kukubesi memang macam ni. 

Kuku besi ni pemerintahan yang tak bagus diikuti nanti boleh jadi macam Pol Pot... macam Hitler... tu sejarah IR... tp kalau chef kuku besi kadang2 dibenarkan, untuk bagi happy hati sendiri - I la tu...

Apa-apa pun kita kena count our blessing... kena name one by one... alhamdulillah for the rezeki dan kehidupan yang baik ini. Semoga kita akan lebih bersyukur dan dalam masa yang sama berusaha untuk improve ourselves.

Note untuk kawan makan kek : sila pergi lari 5km!!! 


Comments

  1. Ninja pon suka kepala ikan salmon. Sedap tu tak payah tgk hasilnya dah tau sedap. Hey this is something to be proud off utk org yang tak pernah seumur hidup masak kari kepala ikan. To me this is already a big achievement ok! Keep it up mummy..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.