Rezeki

Sejak jadi SAHM perkara yang paling I tak suka ialah minta duit dengan husband. Ada terasa satu perasaan yang malu bila nak minta duit. Memang setiap bulan D akan masukkan certain amount of duit pada I untuk I settlekan my financial commitment. Masuk dalam bank Malaysia. Kebanyakan my transaction kat sini semua guna CC. Tapi kadang kadang bila nak keluar dengan kawan I prefer to have cash. So masing2 bayar masing2 punya.

Pagi tadi I pergi minum dengan chinese Malaysian friend. Pergi minum fresh juice dan makan kek share berdua. So sebelum D nak pergi kerja I cakap la nak minta some cash. Malu memang malu tapi I fikir kalau dengan Allah SWT kita tak malu meminta, takkan nak malu dengan suami sendiri. I tak tau la I aje ke yang ada rasa malu nak minta duit dengan suami, ke semua orang pun macam I?

I memang tau rezeki dtg dalam pelbagai bentuk tapi selalu bila takde duit rasa tak cukup rezeki. Sehingga dah jadi SAHM ni baru minda I terbuka sedikit demi sedikit.  Dapat duduk rumah dan memasak untuk suami setiap hari pun rezeki. Tak perlu tempuh jam pergi office pun rezeki. Macam hari ni dapat keluar dengan kawan selama sejam pun rezeki.

Speaking about rezeki, few days back I berborak dengan salah sorang kawan baik di Malaysia. We talked about rezeki dan solat Dhuha. I ni tak arif tentang agama, tak layak nak berbahas. Nak beri nasihat pun tak layak, tapi I shared with her tentang kelebihan solat Dhuha. I reas somewhere 2 rakaat solat dhuha seperti menjalankan sedekah dari setiap sendi kita. Dan 4 rakaat solat dhuha insyaAllah akan cukup rezeki kita sepanjang hari tersebut.

Kalau nak tunggu ikhlas baru mengerjakannya mungkin lambat nak tunggu ikhlas tu datang. So paksa sajalah diri... mula2 paksa...lama2 nanti sendiri rasa nak buat.

I memang mengaku sejak I tak kerja ada masa I memang rasa down sebab tak ada duit sendiri macam dulu lagi. Tak boleh dah nak beli brg suka suka hati. Tak boleh dah nak belanja orang suka suka hati. Tak boleh dah nak sedekah duit suka suka hati. Tapi lama kelamaan I dah mula boleh sesuaikan diri.

Nak beli apa2, ukur baju di badan sendiri. Tetiba I rasa I ada baju yang sangat banyak dan tak perlu beli baju baru. Tetiba I rasa I ada banyak kasut dan handbag, buat masa ni tak perlu beli lagi. Mungkin kalau I masih bekerja seperti dahulu I akan sentiasa rasa tak cukup. Allah itu maha bijaksana, Dia tegur I yang suka membazir ni dengan cara begini.

I mula jadi lebih menghargai apa yang I ada. I kurang membazir terutamanya tentang makanan. Slowly I nampak, Allah mencukupkan semua. Contoh semalam, sewaktu majlis bacaan yassin, setiap yang datang bawa makanan. I masak sedikit sahaja tapi rezeki melimpah ruah sampai tetamu pun dapat bawa balik sedikit. Pagi ni nengok ada balance nasi dan sedikit ayam masak kurma untuk dua org makan. Jadi I pack it nicely in 2 containers. Beri kepada 2 org pekerja di kawasan rumah I ni.

I feel good... the moment I want to feel good, I cepat cepat remind myself utk thankful to Allah yang memberi izin I feel good today.

Tadi pun masa I berbual dengan my chinese Malaysian friend, dia cakap bila balik ke Malaysia nanti dia pasti akan rindu kehidupan di sini. Ini tahun ke 5 beliau dan suami di sini dan kemungkinan besar akan pulang ke Malaysia dalam tahun ni juga. Jadi beliau cakap 'kita dapat duduk dan berbual di sini pun rezeki ye'. Dia ni cikgu di Malaysia, seronok berbual dengan dia. Dia cakap you should feel lucky that you will be able to see the world more and learn about many things. Tu pun rezeki then I jokingly said 'my bank account might be empty, but my album will be full with lots of photographs'... hahaha then we were laughing.

Sememangnya konsep rezeki tu memang luas pun. And as Muslim, I percaya semua tu dari Allah SWT. Kita kena usaha, doa dan tawakkal.





Comments

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.