A kitchen goddess? Of course not...

Ramai kawan kawan tanya I, berapa orang makan every time you prepare breakfast? Habis ke makanan nya? Bila you masak? Pukul berapa you bangun?

Sebenarnya nampak je byk setiap kali I hidang atas meja makan. Tapi sebenarnya I cuma prepare heavy breakfast dan dinner sahaja. D jenis tak berapa gemar makan nasi lauk pauk setiap hari for dinner. And he has sweet tooth too, he likes kuih muih melayu.

Breakfast selalu meriah di rumah kami. Tapi hakikatnya I cuma prepare 1 heavy meal and cekodok pisang. Heavy meal tu seperti mee goreng, mihun goreng, omellete platter, nasi lemak. Cekodok pisang tu sebab D and George suka sangat so they want it everyday.

I takde jadual makanan... mula mula dulu memang rasa kelam kabut.. now I dah dpt rentaknya... kalau i masak nasi putih utk dinner I akan masak lebih sikit and keep in the fridge. Nasi lebih tu boleh jadi nasi goreng for breakfast. Kalau I masak kari, i akan masak extra and terus keep a portion dalam freezer dan akan keluar semula dalam.masa few days for breakfast - untuk dimakan dengan roti jala, paratha segera atau capati segera.

Nasi goreng (nasi left over from dinner), sambal tumis left over from last night also, bergedil and apam beras are frozen kuih that I've prepared earlier). Jadi pagi tu I cuma goreng nasi, keropok, bergedil dan buat lempeng kelapa sikit. Apam pula hanya perlu dikukus semula. 

Sama kalau masak sambal tumis... i akan tumis sambal nya lebih... keep a portion utk next time masak, dah x perlu tumis lama, masuk kan sahaja bahan lain mcm ikan bilis atau ayam. Kuah kacang pun sama, I tau sepatutnya kuah kacang untuk pecal, sate dan lontong ada orang kata berbeza. Tapi mcm I yang tak expert memasak ni, i masak dengan cara yang sama. So setiap kali memasak sambal kacang, I akan masak extra... lepas tu bahagi siap2 ke beberapa bahagian... masuk dalam ziplock dan tulis kan tarikh. Boleh digunakan bila nak dimakan dengan sayuran, tempeh dan tauhu sebagai pecal, boleh juga dimakan dgn kuah lodeh dan satay.

Rempah untuk tumisan serunding kelapa pun kalau I prepare I akan prepare. Sama mcm konsep yang lain, beku kan. Nanti bila nak masak dah boleh jimat masa.

Di sini kalau beli kentang byk2 tu murah, jadi setiap kali I beli kentang, I akan prepare frozen bergedil juga... bergedil ni handy... disebabkan D suka bergedil dan dia bawa bekal ke pejabat hanya dengan membawa finger food, so bergedil ni salah satu bekalnya. Selain dari tu, kalau hari I takde mood nak masak atau busy seban ada event di luar, I akan prepare soto aje... masak sup ayam dan nasi himpit. Bergedil guna frozen bergedil.

Paste sambal kicap pun I dah prepare awal2.... setiap kali nak makan cili kicap dgn tempeh ke tauhu ke atau soto cuma perlu curah kicap manis sedikit... kalau nak cicah dengan ikan bakar boleh perah lemon sikit... kadang2 I makan pisang goreng atau keledek goreng pun cicah sambal kicap... true johorean kan.

Kuih muih frozen yang I akan prepare from time to time ialah karipap, keria, apam beras, seri ayu, popiah, kasturi, cucur badak dan cik mek molek. So kuih muih ni akan bergilor gilir la terhidang atas meja dan masuk bento D. Kadang kadang saje I akan prepare kuih yang bukan frozen seperti buah melaka, cara manis utk breakfast. Itu pun hari yg ada extra curry utk di makan dengan instant paratha. So I can concentrate on kuih.

Untuk memudahkan I memasak, i dah siap siap blend cili, bawang, ikan bilis, udang kering...

Ada juga hari harinya I memang takde mood langsung nak memasak... maka hari tersebut akan jadi hari org Johor... pasti lodeh dan nasi himpit... then sambal tumis atau sambal kacang... sebab tu paling senang. Kalau masak nasi putih nanti I kena fikir pula lauk nak matching2.

Kalau hari terlebih rajin I akan buat laksa samada laksa penang atau laksa johor. Setiap kali I beli ikan mackerel I akan beli lebih... rebus... asing tulang... blend sekaligus semuanya... lepas tu terus bahagikan kepada beberapa bahagian... jadi bila hari yang I nak masak laksa, I terus defrostkan sahaja isi ikan tu... Sama juga dengan air rebusan ikan tu akan bahagi siap2 kepada beberapa bahagian.

So far tu je cara I berjaya rotate beberapa hidangan yang nampak seolah olah macam pandainya I masak. Padahal hakikatnya tak la pandai pun. Dan kadangkala bila masak lebih tu sebab I memang dah niat nak beri pada partner gigih I di Pretoria ni atau nak beri kepada gardener atau cleaner di kawasan perumahan ni.

Comments

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.