I am a blogger

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini blog ke tiga yang dicreate. the first two blogs I had privatised it.Only for my viewing sahaja.  Yang ni dicreate atas alasan nak hilangkan bosan, nak asah bakat menulis, nak catat aktiviti surirumah yang tiap-tiap hari duduk rumah mengadap aktiviti yang sama. Ok ok I am not complaining. Honestly not easy sebenarnya bila kita dah pernah bekerja dengan sebuah organisasi yang besar. 15 tahun ok...bukan setahun dua. Dah biasa pergi meeting jadi wakil syarikat. dah biasa bangun pagi, dress up, drive pergi kerja, dah biasa lunch hour pergi makan dengan kawan2, dah biasa kelam kabut terkejar kejar reporting deadline... macam macam dah biasala.

suddenly 8 bulan lepas datang sini, jadi Stay At Home Mom. tak biasa bangun pagi buat breakfast, tak biasa bangun pagi salam suami dia terus pergi kerja dan kita duduk rumah, tak biasa kena fikir nak masak apa untuk lunch and dinner, tak biasa bila anak mengamuk nak nengok Mr Bean sepanjang masa, tak biasa bila ada function ikut suami, dulu pergi function atas jemutan untuk diri sendiri atau menjadi wakil syarikat, sekarang jadi peneman suami, tak biasa bila boleh dikatakan semua kawan kawan adalah dari golongan yang sama - golongan surirumah, tak biasa topic perbualan berkisar tentang cooking, embroidery, painting, kids, schools... dulu topic lebih serious. nak gossip pasal artis pun kawan kawan ni bukan kenal siapa Fazura, siapa Nealofa... nak borak pasal diet pun kebanyakan diorang ni slim je I, I je yang terlebih BMI.

Ada seorang kawan pernah cakap, there are people out there would like to trade their life to be like yours. Ok, I tak boleh komen tentang itu. Sebab there is no perfect life. ada yg kurang di sini, lebih di sana... Macam I la kan dulu selalu mengeluh kena bangun pagi pergi kerja. Sekarang masih la kena bangun pagi tapi tak pergi kerja dah. Dulu rasa best aje kalau lunch hour nengok perempuan leak2 kat Bangsar. Masa tu selalu cakap kat my firend, I nak jadi taitai... tp sekarang, well masih belum sampai level taitai, cuma dah dpt title SAHM, dah mula terfikir bestnya la masa kerja dulu...huhuh manusia kan, susah betul nak bersyukur dan rasa cukup. Jadi memang sekarang I masih dalam process menerima dan menggembirakan diri untuk menjadi SAHM. Tak tau sampai bila...sampai D pencen la kot. Well, I masih bercita-cita nak ada career sendiri. Then for now, menulis blog is my kerja la... I am a blogger. Yes! That's my career for now.

Dari tadi dok fikir dan rasa nak makan maggi. bila dah duduk jauh ni bila masa stress aje rasa nak makan maggi. makanan segera yang sedap dan tak sihat. bila rasa rindu Malaysia aje rasa nak makan maggi. kalau rajin makan maggi kari, tumis bawang dan cili..pecah kan telur sebiji. kalau tak nak rasa bersalah sangat, letak la sayur sayuran. konon-konon jadi sihat la maggi tu. tapi kalau malas memang makan maggi tomyam. sebab maggi tomyam sedap makan rendam dalam air panas macam tu aje.

stock maggi kat dlm dapur ada banyak lagi. murah rezeki maggi betul. ada je orang datang bawa maggi. so kalau makan tanpa berjimat cermat...which is sebungkus maggi untuk 2 minggu. stock maggi mungkin boleh bertahan selama 6 bulan lagi. not bad la kan, untuk orang yang duduk jauh ni, yang takde kedai jual barang-barang makanan sinonim dengan Malaysia.

ni dah dekat 2 jam keinginan nak makan maggi tapi tak makan juga bukan sebab tak nak tapi teringat pulak, semalam baru beli mesin penimbang berat badan. selama dah nak masuk 8 bulan tinggal di Pretoria ni, selama ni lah berazam nak kurangkan berat badan, nak sihat, nak cantik, nak awet muda. Tapi usaha tak seiring dengan keinginan-keinginan yang banyak tu.

tapi semalam macam terkejut sbb berat mcm ok. tak sangka tak seberat dulu. padahal dah sebulan tak pergi jogging, dah sebulan tak ada istilah diet dalam hidup. jadi usaha kurangkan pengambilan gula, eat only real food sangat membuahkan hasil. Lepas ni usaha adalah ke arah body toning.

Hari ni hari ke tiga untuk tahun 2018. dulu dulu kalau awal tahun sibuk buat pelbagai azam tahun baru. tahun ni takde azam apa-apa. cuma berharap dan masih berusaha azam-azam tahun lepas dapat di realisasikan.

With that, HAPPY NEW YEAR 2018 to myself and everyone!


Note : Will try to upload picture later.

Comments

  1. Hello beautiful blogger! I am your no. 1 fan and will be your true follower. Keep writing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Dr.Nini for spending your precious time reading my humble blog. Thank you for your support.
      #DuploWivesClub

      Delete
  2. Well done. Now I hv smtg to read b4 I sleep 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you dear... hehe jadi bedtime story you ye...
      #DuploWivesClub

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.