Cooking with love... a diplo wife journey

Di Pretoria buat masa ni cuma ada 4 families Malaysian.  I particularly rapat dengan Kak S. Ni partner gigih I. Kami selalunya encourage each other and share interest cooking and doing art craft. Semalam kakak gigih datang rumah hantar homemade cendol, potato bread dan kuih bakar. Alhamdulillah, I am quite lucky sebenarnya. Sebab setiap kali I takde mood dan idea nak memasak, pasti ada je rezeki datang melimpah ruah. Macam semalam, juadah dinner kami dah macam berbuka puasa.

Orang ramai cakap diplo wives ni kerja nya pakai cantik2, makan di tempat mewah, aktivitinya selalu berkaitan seni dan memasak. Ada betul dan ada tidaknya. Pakai cantik cantik tu rasanya semua perempuan suka pakai cantik cantik. Makan tempat mahal2 tu semua orang pun suka. Tapi hakikatnya macam kami di sini, kebiasaan kami berkumpul juadah makanan mesti potluck. Semua bawa seorang 1 jenis makanan. Makan beramai2 sambil buat art. Like 2 months ago, kami buat decoupage sama sama. Kenapa sinonim sangat seni dengan diplowives? Sebab selain buat aktiviti amal, seni ni yang paling mudah untuk mengumpul kan kami yang dari pelbagai negara, latar belakang dan minat. Dan tak semua antara kami boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Jadi bila buat art ni, kami dapat spend time bersama2 walaupun tak sepanjang masa berbual.

Sebenarnya hidup kami agak bosan juga. Bukan macam kita di Malaysia yang ada saudara mara, ada kenduri, rewang semua tu. Sini hidup sendiri2. Kalau duduk di negara yang komuniti Malaysian nya besar mungkin tak terasa sangat, tapi macam kami di sini memang I must admit. Terasa sunyi. Jadi dengan ada aktiviti aktiviti gathering macam ni yang sebenarnya membantu kami untuk survive.

Tu yang bila kadang2 kawan puji bila lihat gambar masakan I dan cakap I rajin. Sebenarnya pada I, bukan sebab rajin tapi lebih kepada survival, kelangsungan hidup. Iye I masak sebab nak makan, bukan la kalau I tak masak I tak boleh makan. Di South Africa ni mudah dapat makanan halal. KFC,McD dan Nandos pun halal. Tapi kelangsungan hidup untuk kehidupan yang ceria.

Bila I nak masak, I akan fikir apa nak masak, macam ada mission. Seronok bila dah siap masak hidang cantik2 tunggu D balik kerja. To be honest masakan I bukan la sedap sangat sampai D atau George akan termimpi-mimpi tapi I selalu tell myself, untuk buat yang terbaik.
This morning breakfast.

Cooking with love,dan lepas tu make sure presentable untuk diletakkan atas meja. I selalu fikir, kalau D and George tak teringat akan rasa masakan I, sekurang kurangnya mereka akan ingat cara I yang suka hidang makanan cantik2. Letak dalam pinggan cantik... matching warna... ada setengah orang sayang nak pakai pinggan cantik, to me kalau dah beli kena guna. Kalau beli cantik dan mahal tapi simpan dalam almari itu konsep membazir. Tapi nak hidang cantik cantik pun takde la sampai I buat  udang panjat nenas atau bunga dari lada macam hidangan pengantin tu.

Lagi satu pelajaran I dapat dari Puan Besar Malaysia dulu, jangan rasa rendah diri bila kita perlu memasak untuk jamuan, kita mempunyai tugasan yang besar, iye kita bukan duta atau diplomat seperti suami kita, tetapi kita bertanggungjawab mempromosikan negara dan budaya kita and we can do this through our cooking. Masak yang terbaik, kalau boleh guna semua bahan traditional, jangan short cut, perlu ada rasa bangga dengan tradisi dan jatidiri kita. Itu identiti kita. Menjadi diplo family kena ada rasa bangga dengan budaya sendiri, jangan terikut-ikut budaya luar. Jadi itu yang I praktik kan setiap kali I memasak, not only for mereka dari luar tetapi setiap kali memasak even masakan seharian.

Duduk di sini juga I belajar rasa cinta kan negara sendiri, masa I pergi survey sekolah untuk George, ada 1 teacher cakap 'awak mesti bercakap bahasa ibunda awak di rumah dengan anak awak. Awak mesti ajar dia budaya awak. Kerana dia akan ke sekolah yang bahasa nya nanti adalah bahasa Inggeris. Awak kena ajar anak awak berbangga menjadi Malaysian'. Tu mat saleh tu yang pesan. Jadi to me, cooking Malaysia food at home is one of the way for me and family to keep our country close to our heart.

Cabaran besar sebenarnya untuk memastikan George akan dapat berbahasa melayu dengan baik bila dah besar nanti. Buat masa ni I pun tak faham apa dia cakap. Kadang2 kalau kita panggil dia, dia akan jawab 'yebbo!' Means 'yes' in Afrikaan language.

Let us keep positive. I akan terus mencuba menjadi SAHM yang add value kepada keluarga dan komuniti walaupun dengan hanya melalui masakan.


Comments

  1. Yeay...perkataan lama saya tak dgr dengar balik hari ni..kelangsungan hidup ������ Iye betul anggapan orang semua nampak yang best2 je bila posting sbb kita x nak tunjuk yg buruk pd public. Nanti org cemuh pula kata Govt of Malaysia tak jaga rakyat dia masa posting so kita buat yang terbaik, show the best out of anything..kan Malaysia Boleh �� I personally suka tonjolkan hal2 Malaysia masa di luar negara. Kalau nak hias, hias betul2 bukan tangkap muat which through observation ramai yg pegi posting rasa x perlu janji masak, janji hidang dan berbagai2 janji..*sigh* I suka ambil keunikan negara lain masa they present. So I bole bawa balik dan present my own country's best things too..kan Ila ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye betul... i selalu anggap yang ini adalah satu tanggungjawab. Memang kita tak ada KPI. Tp bagi I kita patut buat yang terbaik disamping belajar juga dari orang disekeliling kita. Tp sayangnya kebanyakan yang I jumpa sibuk nak shopping aje. Hihihi

      Delete
  2. Replies
    1. Kita kan saling minat meminati antara satu sama lain ahaahaah

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.