Umur 2 tahun dah kena sekolah

Hari ni pagi-pagi lagi ada kawan baik cakap dia baca blog I sambil tersenyum. Katanya kelakar. Ehmm pasti dia baru tau yang I ni kelakar orangnya. Hihihi.

Then seorang lagi kawan. SAHM mcm I juga yang sekarang duduk di sebuah negara lain, ikut suami bekerja juga. Then dia ckp anak dia yang baru nak masuk umur 3 tahun dah wajib masuk sekolah kerananya primary education di sana bermula at 5yo. Ooh baru I tau. Ilmu baru tu. Sib baik la selarang dah ada technology wassap semua. So dapat la juga berbual dengan kawan2 sesama surirumah profesional.

Macam George ni, kami la yang tergedik gedik nak hantar dia pegi sekolah awal. Sebenarnya takde keperluan sangat pun nak hantar dia sekolah awal tp memandangkan dia takde playmate di rumah and mak dia ni yang kadang2 ada activity ladies get to gather in the morning, mak dia nak ikut pak dia pergi function so baik la si George ni masuk sekolah.

Kami ni tak ada full time helper. Yang ada si Jane tu kami panggil bila perlu. Sini bayaran gaji pembantu rumah ni mahal ok. Kalau yang fulltime gaji dalam ZAR3000 (RM1000). And waktu kerja pula selama 8 jam sehari. Weekend off. Bukan macam kat Malaysia tu.

Kami kalau ada function masa George belum sekolah, sekali panggil bayaran dlm RM120. Mahal juga la bagi I. Lagipun rasanya takde keperluan nak ada fulltime helper. Sbb kat rumah kami buat kerja rumah sama2.

Sekolah kat sini untuk budak baya George ni ada byk. I tak check pulak public kindy kat sini. Kami cuma survey International School and Montessori. Sebab niat nak bagi dia belajar berkawan so kami decided hantar dia pergi Montessori.

Disebabkan kawasan kejiranan kami ni kebanyakannya expat maka schoolmate George pun dari pelbagai negara. Masa kami dalam process nak pilih sekolah tu, principle kat sekolah George ckp 'school start at 8.30am and finish at 2pm. But the Deputy of India always send his daughter at 9.30am'... hihihi kitaorg pun sesama sendiri cakap... so George, u better buat perangai bebaik kat school ye sebelum anak Deputy Malaysia pulak kena quote lepas ni.

Then masa I jumpa my friend ni dalam satu reception ntah negara mana dah tak ingat.. dia cakap... ooo you pun hantar anak you kat situ ye... sekolah tu bagus...you boleh hantar suka hati pukul berapa...kalau rindu anak boleh ambil cepat juga... (of course dia cakap omputih dgn i). I ckp la kenapa you tak insist anak you datang awal... ooh takpe dia ada seunur hidup dia nak belajar so biar la dia pergi main2. Ohhh mcm tu kah?? Tu ler I cakap kami para surirumah ni kalau pergi reception mmg topik perbualan hal hal gini la... cik puan india masa ckp tu ada puan besar sri lanka sekali. So berborak sakan la kami pasal isu sekolah anak. Tu belum cik puan jepun masuk cerita tentang hari panas lupa nak siram pokok jadi pokok mati... jadi cik puan jepun mmg suka hati bila sekali sekala hujan turun kat Pretoria ni.
(Cik puan utk isteri Deputy. Puan Besar utk isteri Amb) - gelaran suka hati I yang bagi.

Heheh suka ati cik puan India la nak hantar and ambil anak dia pukul berapa. yg i tau anak i kena pergi sekolah saing bapak dia gi kerja... lps tu mak di boleh goyang2 kaki minum kopi sambil tulis blog... takpun boleh masak dengan bahagia tanpa ada jeritan mommy mommy mommy! (Kadang kadang boleh jadi sakit kepala juga dengar jeritan tak berhenti).... takpun boleh pergi yoga untuk tenangkan minda. Ha nengok jadual mak pun dah bersusun padahal anak belum pergi sekolah lagi.


So lagi 2 weeks George masuk sekolah... and anak my friend yang di negara seberang sana pun akan masuk juga tak lama lg...

Good luck to my friend Mrs.A dan anaknya I.

Comments

  1. Happy schooling Muaz. 2 thn dah pi sekolah. 12 thn boleh masuk university aminnn :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.