Memberi itu satu kebahagiaan

Pagi tadi sebelum saya keluar ke kelas Ikebana, terserempak dengan jiran yang juga merupakan Ketua Persatuan Penduduk di dalam kompaun rumah kami ini. Sempat bertanya tentang Abby Encik Buat Semua di kawasan ini yang mengalami kemalangan minggu lepas. Mengikut kata beliau 'he broken his arm and leg, and his head also injured. Perhaps he will not be around for 3 months and hopefully he can come and work here again'.

I am honestly sad. Well, I seldom chat with him but myself and George really miss his presence. Dah jadi kebiasaan setiap pagi saya sediakan tiga pack makanan untuk D bawa ke pejabat, George bawa ke sekolah dan satu pack untuk Abby. Untuk Abby, saya akan gantung kan di gate rumah kami. Dan setiap kali lepas mengambil bungkusan tersebut, Abby akan membunyi kan bell tanda ucap terima kasih. Dah seminggu saya tak sediakan pack plastic biru, dah seminggu saya tak dengar bell ting tong tu. Peter pengganti sementara Abby tu saya belum mula bercakap lagi. Saya belum bertanya lagi samada dia sudi terima bungkusan biru seperti Abby. Saya sedih seolah olah satu nikmat saya telah ditarik.

Baru minggu lepas saya berbual dengan adik saya tentang saya rasa bersyukur sangat ada Abby di sini. Saya rasa bukan Abby yg beruntung sebaliknya saya yang beruntung kerana dapat memberi seseorang makan setiap hari. Seseorang yang sudi menerima. Penerimaan Abby terhadap pemberian saya adalah sangat menggembirakan saya. Saya rasa berbesar hati.

Betul la aruah abah cakap dulu, bahagia itu bukan sahaja kepada si penerima tetapi juga kepada pemberi. Abah dulu selalu pesan jangan kecil kan hati anyone dgn menolak pemberian sesiapa. Murah atau mahal, sedap atau tidak... Si pemberi ingin merasa seronok dapat memberi. Kalau kita dah ada banyak pun barang itu atau kita tak suka macam mana pun, Abah selalu cakap jgn tolak rezeki, mungkin kita boleh beri atau hadiah kan kepada org lain... Buat si pemberi rasa bahagia itu kan juga satu perkara baik.

Well, there are few times my gifts were declined, honestly I feel sad but who am I to force people to accept pemberian I yang tak seberapa. And with Abby, he never decline whatever I gave him. May Abby able to work again, may Allah ease his situation.

Comments

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

A weekend well spent.