Cik Puan Bunga Raya pecah kan sudu?

Lama betul I tak update blog... takde modjo to write sebenarnya. Story ada banyak je tapi Tak flow nak tulis. tapi hari ni I decided to keep myself write something. kalau nak tunggu mood datang entah bila. Sebenarnya dah few days I a bit under the weather - demam, batuk dan selsema... dengan mood winter yang sejuk, my emotions was a bit down. dok fikir nak cari kerja online lah...dok fikir nak cari kerja fulltime lah... tu bisikan bisikan syaiton la tu nak bagi goyah iman, bagi mengamuk di bulan puasa, bagi gaduh laki bini.

So pagi ni dengan semangat "I must make myself happy!" and I tahu masalah I ni ialah, I ni suka be surrounded by friends and families. Friends sini bukan kawan kawan baru sehari dua kenal...friends here means true friends, bukan fleeting friends bak kata my ex boss Doc.F semalam when we were chatting on wassap.

Pagi ni lepas hantar George and D to school and office respectively, I balik rumah buat my ritual routine sekejap and receiving phone call from my bff in Malaysia. Lepas dok borak, I rasa macam happy juga la sebab tak sunyi. Then I told myself I must keep this momentum, so I terus keluar and sebab dah fikir nak buat frozen popiah so tujuan keluar ni nak pergi Panda Supermarket untuk beli kulit popiah.

GPS ni bijak hari ni, bawa I pergi Chinese supermarket lain - Yat Sang Chinese Supermarket. Ok lah jangan mengeluh at least tahu tempat baru kan. Yat Sang ni shop lot yang tak  berapa besar tapi kedainya padat, ada banyak kedai kedai lain berdekatan. I dok leka nengok set pinggan bunga kecik kecik biru putih, siap imagine nak beli ni untuk makan bubur nasi dengan telur masin, kangkung goreng belacan, kacang goreng dan sambal bilis. tapi berangan je la, I tak beli pun sebab takde budget, bulan ni D potong allowance I... ok bab allowance ni cerita lain kali. Yang penting I nak cerita I tergoda la dengan sudu kecil ceramic warna putih, ala yang slelau orang dok cedok garam ke rempah tu. So I ambil la 2, dalam kepala fikir 1 untuk kunyit, 1 lagi tak tau untuk apa tapi sebab apa2 beli kena dua so I ambil la dua. Tamak kan kat situ. 

Masuk dalam bakul, ok done... jalan lagi beli egg noodle pula... ok... jalan lagi tanya dengan pekedai mana springroll skin, dia pun tunjuk la. Masa dia nak tunjuk tu dia terlanggar la bakul I, jatuh la 1 sudu ceramic yang harga ZAR4 (RM1.30) dan patah 2. Mamat kedai ambil sudu letak kat kaunter. I pulak lepas nengok springroll skin tu tak berkenan sebab bukan brand halal yang I selalu beli di Panda. Jadi I fikir ok la proceed bayar je la, singgah beli soyabean milk pulak sebab berangan nak buat desseet macam kawan IG I yang di Rome tu buat.


Masa di kaunter cashier suruh I bayar yang ceramic teaspoon yang pecah tu. Entah la roh apa masuk dalam I, I cakap I taknak bayar, I bukan tak nak bayar sebab allowance I dipotong tapi sebab I rasa memang bukan salah I sudu tu pecah.  Bukan I yang jatuhkan sudu tu, mamat tu yang langgar. Minah cashier tu tenung je I, I pun tak tau la kenapa hari ni jadi degil, I tenung dia semula sambil insist tak nak bayar. Rupanya mamat tu boss kedai tu. Lepas cashier cong ceng cong ceng dengan mamat tu dia cakap ok lah I tak perlu bayar. Happy la I kan, rasa menang hahahaha...

On the way ke kereta, lalu depan kedai jual sayur dan buah. Singgah pulak beli betik, pisang dan bendi. Masa nak bayar tu credit card tak boleh guna pulak, nasib I ada bawa cash. Sambil sambil tu cashier tu borak la dengan I yang ni network down rasanya tu sbb the transaction tak go through then I Nampak ada jual poppadum di situ, so we chat a bit about poppadum. We end the friendly conversation to each other with "have a nice day ahead".

Lepas tu terus la I start kereta, set GPS untuk balik rumah. Eh eh on the way balik rumah ni nampak Panda Supermarket yang memang I nak pergi, so menyinggah la. Beli kulit popiah. Masa di counter, nyonya jaga kaunter which I believe isteri tauke yang bahasa Inggeris dia memamg agak out pakai hoodie tebal... So I kan dari awal memang sedang on high momentum, so dengan ramah I tegur "the weather is pretty cold now"...nyonya ni sepatah haram tak jawab... cisss tak nak bercakap dengan I. Ok la takpe... so terus la balik rumah...

Balik dengan keadaan happy setelah berbelanja sebanyak ZAR153 (RM50). Happy dapat beli barang yang I nak, happy sebab hari ni I dah bercakap dengan orang lain selain George dan D. And I keep telling myself, I must update my blog today. Not only for peole to read, but for my own remembrance.

So to those yang teringin sangat nak jadi fulltime housewife ni, renung renungkan la cerita I ni ye. Ada kemungkinan dalam satu hari, you memang tak akan bercakap dengan sesiapa. Bukan la tak bercakap tu senyap sunyi terus, you akan nercakap dengan keluarga terdekat you dan yang duduk serumah dengan you. In my case George and D selalu je bercakap dengan I. George balik2 dok bising pasal Mr Bean atau cars. Takde la kawan nak gossip hal hal semasa contoh mcm berapa billion ke trillion ke negara dah berhutang, takde la nak gossip jom kita gi usha tudung Duck yang baru tu... takde kawan nak alayse gambarajah cemana duit 1MDB tu merayau ke seantero dunia... Certain people rasa tak ada masalah tentang itu, macam I memang have to admit kadang kadang bila keadaan tu sunyi sangat memang mempengaruhi mood I.  Nasib baik la ada kawan2 virtual yang kadang2 dok tanya khabar atau bergossip bab cemana nak buat kuih ondeh2 ke nak buat cekodok pisang ke...

Tapi apa apa pun I must keep on remind myself untuk bersyukur dengan kehidupan I ni. Walaupun agak sunyi tapi sebenarnya banyak kemudahan dan kesenangan yang telah Allah kurniakan. Alhamdulillah...







Comments

  1. U must gosip with me la mar.. hahaha.. mujur bukan i yg terpaksa berkeras x nak bayar spoon tu.. kalau tak i just tenung tanpa kata apa2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.