Rediscovering the new you...

Berborak dengan bff aka Partner in Crime tadi. Dia cakap 'you ni lebih serious orangnya walaupun nampak selalu happy happy'... lebih serious dari dia yang berperwatakan serious. Untuk orang yang tak betul2 kenal I tak mungkin akan cakap macam tu. Orang yang betul betul kenal I aje yang akan buat komen sebegitu.

Betul lah tu...I mmg selalu jovial and happy go lucky. Jadi ramai orang mungkin anggap saya kurang ambil berat akan sesuatu perkara dan bukan jenis yang nampak smart and intelligent. Kerana I memang lebih suka bercakap tentang hal biasa biasa seperti makanan, George, tempat holiday dan yang sewaktu dengannya. I juga bukan orang yang suka bercakap atau post di social media tentang masalah ekonomi atau sosial yang berat.

I tak kisah if people think yang my posting seolah olah tidak ada message yang boleh bring improvements in peoples life or keamanan sejagat...hahaha i pun tak kisah kalau kelihatan bimbo sebab to me perception masing masing jadi terpulanglah orang nak anggap apa pun. Sebab I pun tak kisah tentang orang lain.

Cuma kadang kadang bila kita ni tidak pakai topi bijak, tidak dianggap orang bijak maka orang tak anggap penting pun pendapat kita. So I jadi orang yg reserve untuk beri pendapat ikhlas...

Alhamdulillah masih ada PIC yang boleh buat I selesa being myself talking to her. Beri pendapat dengan bebas dan dia juga bebas beri pendapat pada I. Rasanya itu perlu dalam setiap frienship. Tidak terbeban dgn rasa saya perlu jaga hati dia.

Orang yang kenal I macam PIC sahaja tahu betapa serious sebenarnya I ni... mungkin sebab I ni jenis serious I beritahu kawan di Cape Town yang I masih lebih sukakan Pretoria sebagai tempat tinggal walaupun Cape Town sangat menarik dan happening. Yang pasti kalau ada rezeki I definitely nak revisit Cape Town, sengaja kami tak visit Robben Island walhal ini tempat yang I betul2 nak pergi. I nak nengok sendiri keadaan bekas penjara Nelson Mandela satu masa dahulu. Alhamdulillah manage to ride cable car to Table Mountain yang merupakan salah satu dari new  7 wonders of the world, dapat ke Cape of Good Hope yang di mana Vasco da Gama memulakan pelayaran ke India, dapat melawat BoKaap Museum, makan malam di the famous Waterfront mengadap Cape Wheel. Alhamdulillah syukur pada Allah. Dapat juga melawat 2 buah masjid yang bertempat di BoKaap. Beli sebuah cooking book mengenai masakan Cape Malay. 

Apa yg I merepek I pun tak tau cuma nya rasa nak luahkan hari ni hari yang tak begitu best. Penat agaknya travel dari Cape Town semalam atau masih dalam mood bercuti. PiC cakap juga 'I think you are rediscovering the new you too'... maksudnya I baru tau about myself yang I tak tau sebelum ni. Mungkin juga factor umur buat kita belajar dan appreciate apa yang kita kurang hargai sebelum ni.

Comments

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.