I just want a good mentor please!!!

One of my favourite book is a 'Memoirs of a Geisha'. I read the book before it was filmed later with Zhang Zhi Yi and Michelle Yeoh as main actresses.

At first I tak tau Geisha tu apa. Tak tau the hardship yang mereka lalui bertahun tahun sebelum jadi Geisha. Yang I tau Geisha ni muka makeup putih melepak, kalau dulu masa kecik mak cakap kalau pakai bedak putih sangat macam tepung gomak. Ha macam tu je la yang I tau pasal Geisha. Muka putih tepung gomak, mulut ada secoet lipstick merah, rambut sanggul keras pastu ada hiasan bunga, pakai kimono, selipar jepun kayu, pegang payung, jalan terkepit- kepit.

Teruk betul I ni kan. Then lepas baca buku ni I belajar punyala susah nak jadi Geisha, Geisha ni satu seni. Jadi mereka ni dipersiapkan dengan entertaining skills, main alat music, menari, hidang teh, bercakap sopan, hiburkan tetamu terutamanya lelaki. Ni bukan hidang teh O mcm kita. Ni memang ada step by step nya... susah tak mudah. Tea ceremony nya bukan hanya untuk menikmat hidangan teh tetapi juga to appreciate seni.

Then sebelum jadi full geisha, masa jadi apprentice ni kebanyakkannya nanti ada kakak angkat. Macam mentor-mentee kita di sekolah. So kakak geisha akan groom apprentice geisha, akan bawa la apprentice nya kenal2 dengan org lain. Bukan kenal dgn bakal pelanggan aje, also kenal dengan pembuat rambut palsu, pembuat kimono, penjual hair ornaments... kalau nak hidup senanh selalunya geisha akan jadi mistress to any rich man. And nak kenal dgn rich man pun bukan senang sebab persaingan hebat antara geisha. Semua ada strategy masing2, tu salah satu penting nya dapat big sister yang bagus. Yang akan ajar dan strategize career apprentice to be a popular and famous geisha.

Sambil sambil baca ni I terfikir bagus juga kalau ministry introduce program mentor- mentee untuk spouse of Head of Mission (HoM) dengan spouse of Deputy Chief of Mission (DCM). Bukan apa, sebenarnya nobody tells you how to be a diplomat's spouse. And there is no written book on what is the good ambassador's spouse.  You just have to learn it everyday.  You learn it from your observation... by observing your friend from other countries, from your senior and most importantly you learn the art from the madame that you are serving.

To be honest, the role of HoM's wife sangat besar impact nya esp to the DCM's spouse which eventually will be no.1 in the future. Kalau dapat your no.1 suka collect scarf Hermes tak mustahil nanti you pun jadi macam tu. Kalau dapat yang suka masak and very good in entertaining, perhaps you will be like that too. Kalau dapat madame yang suka buat program charity insyaAllah you akak terikut ikut juga. Charity yang turun padang bulan setakat charity dinner bila meja harga ribu riban aje. Kalau dapat Madame yang menjaga kesihatan macam Kevin Zahri mungkin nanti body I pun boleh jadi mcm model...

My madame dulu seorang sangat teliti orangnya. Hebat memasak masakan melayu. I sempat 3 bulan sahaja dengan beliau jadi tak banyak sangat I dapat belajar melalui pemerhatian. Madame I dulu dalam umur late 50s, I rasa dia masih bergaya dan sememangnya menjaga penampilan beliau.

Madame2 lain pula selalunya kita dengar dari kawan2 cerita. Jadi to be honest as I said no written rules of what is the criteria as a good diplomat's wife. Takde spell out anywhere cakap you kena visit orphanage ke? You kena explore local culture ke? No KPI for the spouse actually.  Tu yang buat I terfikir kan bagus kalau kita di assign kan dengan mentor. And kalau betul ada mcm tu, I dah identify my mentor.... hihihi tapi tak tau lah beliau sudi atau tak terima I jadi mentee.

Btw, being no. 2 in a mission is the hardest role actually.  Well shoiuld write about it in another posting anyway.

Enough merapu for today. All in all I bukan la nak cakap yang I ni gerenti jadi spouse yang terhebat. ... tapi I cuma dok fikir susah juga ye nak jadi spouse HoM. Takde rules bagus ke tak bagus punya spouse. Cuma kalau tak bagus laju je cerita cerita mak cik bawang sampai kan ke hulu ke hilir. Nanti yang nama tak best suami kita juga. Yang paling penting, be good and do our best... semoga yang baik sahaja datang pada kita. So tak tau la kan, pada masa nya sampai utk D menjadi HoM, nengok aje la.masa tu samada I jadi spouse yang collect Hermes scarves or masih setia demgan tudung RM10.



Comments

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.