Shared taxi in SA.

Tadi I dok berwassap dengan one of my good friend. I bagitau dia after couple of months live in SA ni, i can say that agak membosankan sebenarnya SA ni.

I wish Pretoria ni macam kebanyakan tempat yang ada kemudahan public transportations yang efficient. Sebenarnya Pretoria ni bandarnya modern tapi I tak faham kenapa tak ada efficient public transportations. Tak ada taxi macam tempat lain. Yang ada van yang dipanggil taxi. A shared taxi. Van ni jenis bawa orang ramai, dan serious memang tak berani la nak naik. Kalau naik nak turun kat mana pun tak tau. Bukannya ada proper bus stand or taxi stand. Bus ala intrakota ke bas mini ke memang tak ada. City bus kalau ikut from my readings ada but to be honest I dont think I will explore it. Safety issue is the main concern here living in SA.


Ni la contoh shared taxi. Ni gambar from cik google. Memang cantik la sebab baru. In reality on the road menyeram kan kadang2 rupanya. I tak berani nak ambil gambar dari dalam kereta, especially bila nampak all the gentlemesn stares at you. Mereka di sini expressive orangnya, nak ambil gambar suka suka hati memang tak berani lah. Nak duduk buat2 lepak kat bus stand ambil gambar memang tak la...1st sebab tak pernah nampak bus stand, and kalau ada pun belum tentu berani nak berdiri bersidai dengan mereka ni.

I am not sure about Cape Town, but in Pretoria and Joburg, memang tak mudahlah nak roam around. Tak yah lah compare kan Pretoria ni macam London ke Tokyo ke...in fact New Delhi yang sibuk dan padat tu banyak je autorickshaw selain taxi, bus dan mrt, Bangkok ada tuk tuk, mrt and taxi... kiranya kalau pergi melancong ke negara tu tak sewa kereta pun takpe. Sini kalau takde kereta memang mereput la di rumah. Unless you berani nak naik the shared taxi. Nak naik shared taxi ni pun tak tau nak tunggu kat mana, nak turun kat mana. Seriously takde sistem langsung. Which kalau untuk foreigner mcm kita ni tak di advice untuk naik.

Sekarang dah ada Uber di SA. My friend di Cape Town bagitau dia dah pernah guna uber service di CT dan katanya the driver Uber yang dia naik pun dok komplen pasal isu public transportation ni.

To those yang datang ke SA memang perlu ambil kira tentang cost menyewa kereta.  Or else you want to try the shared taxi or uber dipersilakan. For me, Alhamdullilah I have a small car to roam around. Roaming di kawasan selamat sahaja seperti pergi mall, rumah kawan dan sekolah George.

I told my friend, I wish I dapat explore the local more. I nak tau cemana rupa pasar tempat mereka beli bahan mentah... the only place kira paling local lah I pergi ialah satu kedai besar namanya Evergreen... ni pun ala2 giant besar... then Laudium. Laudium ni penempatan India / Pakistan muslim. Sini tempat I beli daging. Still to me bukan pasar org tempatan. Sebab sini macam kedai2 dan yang berniaga boleh dikatakan bukan orang Afrika.

I bersyukur dengan kehidupan yang baik ni, iyelah tempat lain mana ada pergi hiking hujung minggu jalan sebelah zebra. Bab ni I memang bersyukur sangat tp I nak explore more. I malu nak mengaku yang I masih tak tau lagi apa local delicacies di sini. Kecuali pulp. Pulp ni dibuat dari jagung... tepung pulp dimasak dengan air dan letak sikit garam, then pulp ni makan la dengan Braai. Braai aka BBQ.  Dan I tau Biltong, ala ala daging salai di Malaysia yang ada pelbagai flavour. Selain dari tu serious I tak tau.

Parents di sekolah George pula kebanyakannya adalah expat juga seperti kami. Mungkin after a while I can get closer to Teacher Marie, then I will try have a chat with her on the subject matter.

I harap I will be able to explore more on the local people culture. Local here I am referring to the black. And those from the lower class people. The one yang I jumpa selalunya di hypermarket or shopping mall kebanyakannya from middle class and above. Dulu ada orang pernah cakap rugi kakau duduk kat sesuatu negara tapi tak belajar local culture, betul I agreed cuma setiap negara tu tak sama. Jadi my pembelajaran mungkin slower than those duduk kat Jepun ke ke London or Bangkok or anywhere... tapi mcm Datin F pernah cakap dulu, masa dia tinggal di Papue New Guinea lagi mencabar, orang pergi market selamba bawa pistol. Jadi dalam keadaan kita eager nak explore the local culture, our safety are utmost important.


Comments

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.