Me and CPJ... do you understand me?

I dapat invitation dari kawan 'Cik Puan Jepun' (CPJ) untuk join dia pergi belajar tentang Japanese Tea Ceremony di rumah seorang lagi kawan Jepun nya. CPJ nak refresh her memory while me, its my first time. So I teruja la, teruja nak pergi jumpa kawan kawan baru, teruja nak pergi belajar Tea Ceremony. Sejak George dah sekolah ni kepala I ligat juga la berfikir cara cara nak isi masa. Memang penat sebenarnya sejak George dah sekolah sebab terkejar kejar nak ambil dia from school. Tapi walaupun penat I rasa seronok sebab I dapat buat banyak perkara yang I nak.

So semalam masa I ke rumah Izumi, I bawa sepiring kuih Seri Ayu. Suka betul mereka dengan kuih yang I bawa, seorag kawan Jepun ni pernah duduk di Indonesia jadi dia boleh agak ini mesti pandan flavour. Jadi diorang mula la Tanya I cemana nak dapat ekstrak pandan, I pun dengan muka konfiden cerita la ooo mula mula kita potong la daun pandan tu, lepas tu blend dengan sedikit air dan tapis air pandan tu tetapi di sebabkan di sini tak ada daun pandan segar maka kuih yang I buat ni guna pandan paste yang I bawa all the way dari Malaysia. Masa dok bercerita CPJ dan 3 orang kawan lagi ni bukan main kagum la sebab mereka suka warna hijau pandan ni, lembut katanya kalau nak dibandingkan dengan warna green tea. I pun senyum senyum la bangga berjaya terangkan cara orang Malaysia guna daun pandan untuk buat kuih padahal sumpah sekali seumur hidup pun I tak pernah perah air pandan.

CPJ pula lepas tu bercerita tentang dia temankan drivernya pergi ke Universiti untuk sambung pengajian yang dah bertahun tahun tak habis.  CPJ ni ada driver sendiri, driver yang digajikan oleh suaminya dan bukan oleh kerajaan Jepun. Kerana menurut CPJ selepas posting di Algeria dan Finland selama 7 tahun, dia dah kurang mahir memandu.  Jadi kata CPJ semalam dia ada appointment di rumah kawannya tetapi driver dia perlu ke U, oleh kerana dia tetap nak pergi ke rumah kawan, dia ikut la driver dia ke U. Katanya barisan orang beratur tu punya la panjang, sambil menggayakan tangan macam ular melingkar. Jadi I Tanya "ooo the line was like a snake?"... dia angguk... kata CPJ driver dia ni dah umur 28 tahun tapi tak habis habis 1st degree sebab asyik bertangguh tangguh belajar. Jadi CPJ cakap masa dia beratur tu adalah ramai volunteers pakai tshirt dgn tulisan besar ASKED ME berjalan jalan dan tanya samada mereka perlukan bantuan atau tak. Sampai kat CPJ, seorang perempuan ASKED ME ni tanya samada CPJ mengandung. CPJ cakap tentulah tak... CPJ kata dia rela beratur 1 jam 20 minit dari menipu sebab tu tak bermoral. CPJ ni badan agak comel sedikit, dia memang suka memakai gown cotton kembang dan kasut sukan; tu yang mungkin disalah sangka mengandung oleh Miss ASKED ME.

Then lepas cakap pasal disalah anggap mengandung, mula la kami berborak pasal diet pulak. I pun ala ala kawan I kat Malaysia si Puteri tu mula la kempen bab No Sugar. CPJ ni pun excited la mendengar dan cakap 'ok from now on, I will say no to all type of sugar' penuh semangat ok... Lepas dok gebang dalam 15 minit pasal kebaikan kurangkan gula dalam diet, tuan rumah cakap jemput la makan minum sebelum kita start Tea Ceremony Lesson.  CPJ pandang kuih pastu pandang I, pandang kuih lagi pastu pandang I ...'ehmm I think today I want to eat sugar'... hahahah buang karan je I membebel tadi, mentang mentang consultation free, depan consultant dia terus tak ikut nasihat... takpe la CPJ harap besok ingat la azam nak diet tu ye.

Dalam 3 jam juga la kami dok berseronok bercerita dan belajar tentang Tea Ceremony.  On the way balik I dok teringat seorang kawan sekolah rendah I cakap, kalau dia la kena duduk di luar negara pasti dia susah nak berkawan kerana tak confident nak bercakap dalam Bahasa Inggeris. Kawan I ni belajar tinggi tetapi kerana tinggal dan bekerja di daerah kecil maka penggunaan BI ni kurang. I pernah cakap pada kawan-kawan dlm WA group ni, di sini tak semua pandai bercakap Inggeris dengan baik. Contoh macam CPJ, dalam dia bercerita dia akan keep on tanya 'can you understand me ? Do u understand my story?'... kadang kadang I pun pening juga nak memahamkan apa cerita dia. Tapi dengan CPJ, I belajar menjadi pendengar yang baik dan sabar. So I cakap dengan kawan2 sek rendah I, bahasa ni adalah medium untuk berkomunikasi. Yang penting kita faham. Betul ke salah grammar tu adalah perkara kedua. Yang penting sekali kena ada sifat nak mencuba dan yakin diri.

Tempoh hari kami suami isteri hadir di majlis resepsi sebuah negara, tuan rumah dalam ucapannya pertama sekali minta maaf kerana Bahasa Inggeris nya kurang baik, dan dia beritahu yang BI adalah bahasa kedua negaranya sama seperti kita di Malaysia. Dalam ucapannya yang kelakar  dan grammar nya tunggang langgang, semua audience dengar dengan khusyuk, ketawa dan berseronok. Tak ada sebarang masalah pun... yang penting confident. So, Mrs L, kalau you baca blog I ni, percayalah yang you boleh bercakap  BI dengan baik kalau you selalu practice. I pun selalu je buat grammatical mistakes tp I bulldoze je bercakap.

I selalu berdoa supaya di kelilingi mereka yang baik2... dan untuk nak dikelilingi yang baik2, I perlu berusaha untuk menjadi individu yang baik juga.

Salam jumaat yang barakah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.