Bini melayu suka duduk dapur?

Terbaca satu posting my friend shared in FB yang mengatakan isteri orang melayu ni banyak sangat habiskan masa dok di dapur. Breakfast makan nasi lemak, lunch and dinner lauk berjenis jenis, pendek kata dalam sehari most of the time di dapur. Cuba nengok omputih makan yang simple je... janji berkhasiat dan beri tenaga je... sempat baca buku ilmiah, sempat pergi belajar embroidery...

I agreed and disagreed juga. I agreed sebab I memang banyak spend masa di dapur... tapi I disagreed sebab bukan bini orang melayu je yg selalu dok dapur. Bini mat saleh ke cina ke jepun ke india ke ramai je selalu spend time di dapur. I agreed tak ramai SAHM suka membaca... tapi membaca tak semestinya buku buku yang tajuk heavy. Baca majalah pun dapat ilmu juga. Macam I, I suka baca novel. Tapi bukan fiction. My PIC di Msia pernah cakap selain suami beliau, I orang yang rapat dengannya yang dia tau suka membaca heavy topic books. Baca buku tapi kena berfikir... tapi tu cara i relaks and enjoy my me time.

Bukan nak cakap apa lah, kadang2 isteri yang duduk rumah ni bukan tak nak pergi kelas embroidery ke kelas mengait ke kelas bahasa arab ke... tapi banyak kerja... memasak, laundry, ambil antar anak pergi dan balik sekolah... tu name few je...  tu tak termasuk lagi kalau suami bagi duit kat isteri cakap 'nah duit belanja'... bukan untuk belanja diri sendiri tapi belanja segala galanya... dari duit pasar, duit sekolah anak, duit jajan anak...

Tapi bak kata omputih when there is a will, there is a way.  Mak I dulu lepas aruah abah suruh berhenti kerja, dok rumah jadi SAHM. Mak jenis masak beriya. Pagi breakfast macam macam ada... lauk tengahari minimum 3 lauk sebab kena ada lauk berkuah, sayur, lauk simple macam ikan goreng ke ayam goreng ke... kadang kadang ada sambal lagi... ulam lagi... petang pulak mesti ada juadah minum petang... paling cikai ada goreng pisang yang goreng sendiri bukan beli tepi jalan. Talam ubi yang sedap giler atau apam merekah yang colorful tu common la kat rumah. Sampai kan kami kecil2 lagi dah tau beza kuih sedap dengan kuih tak sedap... kudap kudapan tak main la makan cikedis... mak buat choc chip cookies ke kerepek bawang ke tart nenas ke kuih lidah kucing ke...eh macam2 la sentiasa ada... tak tau la berapa lama mak spend her time kat dapur tu sehari.

Tapi mak sempat buat macam macam lagi. Macam macam project kraftangan mak buat. Ingat lagi mak buat bunga kekwa dari ribbon warna purple. Buat bunga bulu bulu dari benang kait... yang paling tak boleh lupa buat bunga dari plastic bungkusan maggi. Disebabkan rumah kami tak ada maggi, mak minta partners in crime iaitu kawan kawan SAHM dia supply kan plastic maggi. Mak gunting kecik2, lipat macam kipas lepas tu ikat guna dawai hijau... susun banyak2 jadi macam bunga orkid kecil2 tu... tak tau la you all boleh imagine ke tak... tapi ni memory yang masih segar dalam ingatan I.

Mak belajar menjahit. Dia jahitkan baju tidur dan baju gown basahan untuk kami di rumah. Dulu I fikir kenapa la mak nak susah susah jahit, padahal kami dok turun naik Singapore mak belikan baju byk2. Sekarang I dah faham. Sama macam perasaan I buat tray decoupage tapi dah berlambak tray macam macam brand kat rumah ni. Perasaan nak belajar, perasaan nak rasa seronok mission accomplish dan perasaan isi masa lapang tanpa hanya baring, tidur, nengok tv, makan and repeat.

Mak jahit patchwork buat selimut utk kami. Beli kain cotton cantik2 dan mak gunting ikut macam2 bentuk...jahitan tangan bukan jahitan mesin. Yang ni I pun buat juga, sampai sekarang ada lagi. Mak buat cross stich, untuk jadi kan frame di rumah, alas meja dan chairback...

Kat halaman rumah pulak mak ada kebun orkid. Orkid kan mahal... mak selalu budget kan duit yang belanja abah bagi betul2. Cukup utk belanja dapur dan ada sedikit spare utk mak beli orkid. Mak ramai kawan jadi mereka ni akan strategize siapa beli orkid apa...nanti beranak orkid tu mereka tukar tukar la. Halaman rumah mak bukan macam halaman rumah I... I tanam pokok kesum pun mati...bukan sebab takde green fingers tapi sebab tak cukup rajin dan talde ilmu. Malas nak cari ilmu padahal sekarang sangat mudah... google je mcm2 tips keluar.

Dulu takde internet, jadi mak belajar through magazines, newspaper, tukar2 idea dgn kawan kawan dia. Siapa kata suri rumah yang masak sedap sedap ni tak cuba cari ilmu dan asyik terceruk di dapur. Tak semestinya omputih yang masak simple tu buat benda2 ni semua. To me, pokok pangkal hati sendiri. Kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Mak sempat juga pergi kelas aerobic dengab kawan kawan chinese dia. Oh lagi satu fakta, aruah abah jenis mmg tak buat kerja rumah tapi mak tak beri alasan tu utk dia limitkan herself sekadar memasak aje.

Ehmm I pun tak tau kenapa I nak bebel hal ni... tp sebab I tak suka ada yang generalize kan bini org melayu ni masak susah2 asyik dok dapur...cuba nengok bini omputih masak simple simple sempat baca buku ilmiah dan pergi kelas menyulam ke mengait. Dan kalau mende tu dari orang lelaki yang menyuarakan, I nak tanya lelaki tu apa yang dia dah buat untuk bantu isteri ke anak perempuan dia untuk jadi mcm bini mat saleh tu? Dia dah bg duit ke utk isteri dia ada hobi atau masuk kelas? Dia dah tolong vacuum rumah dan sapu halaman luar? Dia ok ke kalau tiap2 hari breakfast makan toast dan cereal? Dia ok ke tiap2 malam makan grilled chicken dengan salad?

Kalau lelaki tu sendiri dok teringin breakfast nasi lemak dengan teh tarik. Makan malam asam pedas dengan kangkung goreng belacan. Minum petang pengat pisang dengan talam keladi. Lepas tu balik kerja nengok TV. Nak pergi kerja ambil je baju dah siap gosok licin dalam almari. Tok sah la nak compare bab bini melayu suka dok dapur lama lama...meluat wei...

Comments

  1. cuba utk didik ank lelaki spy x jd mcm "lelaki" ego x bertempat dlm cerita Ila ni!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Me and Teacher Mitchelle

Memberi itu satu kebahagiaan

A weekend well spent.