Me and Teacher Mitchelle

Mereka di Afrika Selatan ini juga sangat penyayang dan caring. Rata rata yang saya jumpa kebanyakannya peramah dan sopan. Mereka sangat mengambil berat tentang keadaan kenalan mereka. Tempoh hari saya tiba di sekolah George dalam keadaan mata merah dan berair. Teacher Anna iaitu pembantu guru di sekolah George cepat menegur "mama Muaz, are you ok?" Saya cuma mengangguk dan mempercepatkan langkah saya, saya enggan menjawab, takut airmata tumpah lebih laju. Kejadian itu disedari Teacher Mitchelle yang kemudiannya berlari ke arah saya dan memeluk saya tanpa berkata apa apa. Selepas sedu saya reda, beliau membawa saya ke kerusi untuk saya duduk dan membawa segelas air. Kata beliau "I am sorry, I cant allow you to bring your son back home and drive when are you still crying. I know you are being strong. I know you dont want to tell people that you are tired or sad, because many will comment that you are very lucky for do not have to work. But I know you are just a normal ...